RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Julai 2026

Honda Vario 160 Tampil Dengan Pilihan Warna Baharu

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) terus menyegarkan barisan skuter popularnya menerusi pengenalan tiga pilihan warna baharu untuk Honda Vario 160 iaitu Matte Black, Silver Blue dan Gray Gold. Walaupun menerima kemas kini dari segi penampilan, harga cadangan bilik pameran masih kekal pada RM10,498 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran).

Vario 160 mengekalkan enjin 157cc satu silinder, eSP+ (enhanced Smart Power Plus), empat lejang, SOHC dengan sistem penyejukan cecair. Model yang didatangkan bersama sistem suntikan bahan api PGM-FI mampu menghasilkan kuasa maksimum 15.4hp (11.3kW) pada8,500rpm dan tork 13.8Nm pada 7,000rpm.

Model ini turut diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan menerima penarafan keselamatan lima bintang di bawah Malaysia Motorcycle Assessment Programme (MyMAP).

Dari segi kelengkapan, Vario 160 dilengkapi dengan pelbagai ciri moden seperti sistem ABS (hadapan), Honda Smart Key System, ruang simpanan bawah pelana 18 liter, lampu-lampu LED, meter digital dan kerangkan yang dibangunkan dengan teknologi Enhanced Smart Architecture Frame (eSAF)

Honda Vario 160 dengan warna baharu kini boleh didapati di semua pengedar sah Honda Impian X di seluruh negara. Setiap pembelian disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Pemilik juga boleh memanfaatkan aplikasi mudah alih Honda X bagi mengakses rekod servis, peringatan penyelenggaraan serta maklumat jaminan dengan lebih mudah. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.