RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Ogos 2026

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

Satu lagi jenama motosikal baharu bakal bersaing dalam pasaran Malaysia apabila Marshal Moto mengesahkan kemunculan dua model sulungnya pada bulan September ini.

Marshal Moto membawa imej yang cukup tersendiri dengan mengetengahkan konsep kebebasan, gaya hidup dan pengalaman menunggang yang berbeza. Rekabentuk yang berkarakter digabungkan dengan sentuhan moden, menjadikan kedua-dua model ini cukup menarik perhatian terutama dalam segmen motosikal cruiser.

Untuk kemunculan sulung di Malaysia, Marshal Moto bakal memperkenalkan dua model baharu iaitu XS250 dan Toughman 800N. Walaupun kedua-duanya bersegmenkan cruiser, enjinnya menampilkan kapasiti yang berbeza dan menyasarkan kelompok penunggang yang mahukan gaya serta keupayaan untuk menikmati perjalanan lebih jauh.

XS250 menggunakan enjin dua silinder berkapasiti 250cc, manakala Toughman 800N hadir dengan enjin V-Twin 800cc. Kedua-dua model ini dilihat mempunyai potensi untuk menjadi pilihan baharu kepada peminat motosikal berkonsepkan cruiser.

Nebariknya lagi, Marshal Moto bakal tampil dengan penawaran harga yang cukup kompetitif di mana XS250 ditawarkan pada harga di bawah RM20,000, manakala Toughman 800N pula bakal dijual pada harga tidak melebihi RM40,000.
 

Lebih menarik, Marshal Moto nampaknya mahu bermain dalam gelanggang harga yang kompetitif. XS250 disasarkan untuk ditawarkan pada harga di bawah RM20,000, manakala Toughman 800N pula bakal dijual pada harga tidak melebihi RM40,000.

Harga tersebut pastinya menjadi antara perkara paling dinantikan kerana ia boleh menjadikan kedua-dua model berkenaan sebagai pilihan alternatif kepada penunggang yang mahu memiliki motosikal berkapasiti lebih besar tanpa perlu menyediakan bajet terlalu tinggi.

Bagaimanapun, buat masa ini Marshal Moto Malaysia masih belum mendedahkan keseluruhan spesifikasi teknikal, kelengkapan serta harga rasmi kedua-dua model. Segala maklumat lanjut dijangka diumumkan apabila tarikh pelancaran rasmi semakin hampir.

Dengan XS250 dan Toughman 800N, Marshal Moto nampaknya bersedia untuk mencipta nama dalam pasaran tempatan. Persoalannya sekarang, sejauh mana dua model cruiser ini mampu memberikan saingan apabila tirai pelancaran rasmi dibuka September nanti? RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.