RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Ogos 2026

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) melanjutkan lagi tempoh Program Z15GT Care di seluruh negara sehingga 31 Oktober 2026.

Program yang pada asalnya dijadualkan berakhir pada 31 Ogos 2026 itu kini dilanjutkan selama dua bulan bagi memberi lebih banyak masa kepada pemilik Z15GT untuk mendapatkan pemeriksaan percuma serta khidmat bantuan selepas jualan. Program berkenaan ditawarkan di 94 lokasi terpilih seluruh negara yang membabitkan 84 pengedar sah MODENAS, lima Pusat Servis MODENAS serta lima cawangan Service Plus di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Menerusi program ini, pemilik Z15GT masih boleh mendapatkan pemeriksaan dan diagnosis motosikal secara percuma yang dilakukan oleh juruteknik terlatih. Selain itu, bantuan teknikal, pembaikan serta tuntutan waranti bagi kes yang layak turut disediakan. Pemilik juga boleh mendapatkan komponen penggantian dan alat ganti yang berkaitan (tertakluk kepada pengesahan teknikal & ketersediaan stok). Jika diperlukan, langkah penambahbaikan produk juga boleh dilakukan berdasarkan hasil pemeriksaan teknikal.

Walaubagaimanapun, kerja-kerja penyelenggaraan berkala dan servis rutin yang tidak termasuk dalam skop Program Z15GT Care masih tertakluk kepada caj perkhidmatan.

Pemilik Z15GT yang masih belum menyertai program ini digalakkan menghubungi pengedar sah MODENAS terdekat, Pusat Servis MODENAS atau cawangan Service Plus untuk membuat janji temu pemeriksaan. Pemilik disarankan membawa dokumen pendaftaran motosikal serta dokumen waranti atau rekod servis yang berkaitan bagi memudahkan proses pemeriksaan dan penilaian.

Senarai terkini 94 lokasi yang mengambil bahagian serta maklumat lanjut mengenai Program Z15GT Care boleh didapati menerusi saluran rasmi MODENAS. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi MODENAS atau hubungi talian bebas tol 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-5708135. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.