RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Januari 2019

Sunday Morning Ride Bersama GIVISTA 2018

GIVISTA Community merupakan platform khusus buat para pencinta motosikal di Malaysia yang membolehkan mereka berkongsi mengenai sebarang aktiviti atau produk-produk GIVI yang dimiliki. Ia tidak hanya terhad untuk para pengguna atau pemilik barangan GIVI sahaja, GIVISTA Community terbuka untuk semua.

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh GIVISTA Community ialah Sunday Morning Ride Bersama GIVISTA 2018 yang telah diadakan pada 25 November lalu. Penganjuran kali ini adalah untuk memberikan penghargaan buat para peminat tegar GIVI di Malaysia dan khusus untuk pemilik topi keledar dan kotak barangan GIVI sahaja.

Program yang cukup istimewa ini telah melibatkan 50 buah motosikal pelbagai model dan kuasa enjin. Lebih mengujakan apabila konvoi kali ini turut disertai oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan, En. Samir Sharman yang menunggang Kawasaki Zephyr 1990 Retro. Perjalanan bermula dari PETRONAS Solaris Serdang menuju ke Negeri Sembilan menggunakan Lebuh Raya Lekas. Seperti mana-mana konvoi anjuran GIVI sebelum ini, keselamatan dan disiplin yang tinggi sewaktu berada di lebuhraya membolehkan perjalanan pada pagi itu cukup lancar.

Destinasi yang dipilih untuk program ini ialah Kodai Serapan D'Sawah yang cukup popular dengan masakan sarapan pagi Negeri Sembilan. Antara makanan popular yang cukup lazat ialah roti canai, nasi lemak, ketiau sup, laksa utara, mee kari, pelbagai lauk pauk, itik salai dan bermacam jenis kuih-muih. Selain itu, lokasinya di tengah-tengah sawah padi cukup cantik dan menyegarkan. Sudah pasti tempat ini sangat sesuai untuk para peserta konvoi bergambar kenangan.

Selepas hampir dua jam di Kodai Serapan D'Sawah, para peserta meneruskan aktiviti hari itu dengan bermotosikal ke Ulu Bendul. Ulu Bendul juga menjadi pilihan netizen yang ingin beriadah bersama keluarga. Walaupun tidak lama, program anjuran GIVI ini cukup bererti buat para peserta kerana mereka bukan sahaja dapat menikmati makanan yang sedap dan berkunjung ke tempat-tempat menarik malah ia juga peluang untuk berkenalan dengan rakan-rakan baru. Tahniah buat GIVI.

Sunday Morning Ride Bersama GIVISTA 2018 diakhiri dengan sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah GIVI yang cukup menarik. Jom sama-sama berkongsi segala pengalaman motosikal atau kenali produk-produk GIVI di Facebook: Givista Community. RR

Isu Pada

Januari 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.