RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Mac 2017

Ride Bersekutu Ke Gunung Jerai

Ride Bersekutu ini dianjurkan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kelab-kelab motosikal dan para pencinta motosikal. Program ini juga telah disokong dan dilepaskan oleh YB Dato’ Yusof Ayob, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi - Putra Jaya), Jabatan Pengangkutan Jalan Raya Malaysia.

Perjalanan dimulakan di RnR Sungai Buloh dan mendapat pengiktirafan dalam program pelancongan Negeri Kedah. Lebih kurang jam 2.00petang, konvoi motosikal sampai di kaki Gunung Jerai dan disambut oleh YB Dato’ Hj Mohd Rawi Bin Hj Abdul Hamid, Exco Pelancongan Negeri Kedah. Para peserta juga telah menerima sijil penyertaan atas usaha mempromosikan Gunung Jerai sebagai destinasi pelancongan.

Ride Bersekutu kali kedua ini diselaraskan oleh SMG (Sedulur Mutu Gedhi Malaysia) dengan kerjasama B1M (Bikes 1 Malaysia) dan dibantu oleh ketua-ketua kelab motosikal yang terlibat. Antaranya, adalah seperti GB1M (Gabungan Bikers Islam Malaysia), MSOC (Multilevel Superbikes Owner Club), Z250, APPS BIKERS (Gabungan Kelab Motosikal Seluruh Malaysia), RS3 - KTNS Adventure, Kerian Chopper, Bikes & Roses, Erastar Bikers, ANBC Singapore (All Nation Bikers Club Singapore), Maximan Bikers, SRC (Selayang Riders Club) Storm Rider dan NVOD Adventure Ride Group.

Lebih kurang 200 orang peserta yang terlibat dalam konvoi ini dan yang paling membanggakan ialah apabila penganjuran ini mendapat perhatian dan penyertaan daripada beberapa Lady Bikers dari Malaysia. Mereka ialah LadyLiz (Liza Katana) dan Che Sue (Bikes & Roses).

Peserta menaiki Gunong Jerai yang juga dikenali sebagai gunung tertua di Asia. Peserta konvoi bermalam di Putri Ayu Chalet, Yan Kedah. Makan malam, ucapan ketua kelab, penyampaian cenderamata, serta cabutan bertuah dan acara kemuncak adalah sambutan tahun baru 2017.

Keesokan harinya (1/1/2017), peserta telah bersiap sedia untuk pulang. Ternyata penganjuran Ride Bersekutu bukan sahaja memberikan pengalaman menunggang ke destinasi baru tetapi juga merupakan saat terbaik untuk mengeratkan lagi tali persahabatan antara kelab-kelab dan di kalangan kenalan motosikal yang terlibat. RR

Oleh: MZ York

Isu Pada

Mac 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.