RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Julai 2018

Konvoi Sahur Kawasaki Dapat Sambutan Luar Biasa

Kira-kira 80 buah para pemilik jentera Kawasaki pelbagai model telah menyertai Kawasaki Sahur Ride ke Tanjung Malim yang dianjurkan oleh KMSB dengan kerjasama Kawasaki Owner Group (KOG) pada awal Jun lalu. Kawasan lapang di R&R Rawang menjadi tempat berkumpul para peserta yang mula hadir pada jam 12.00 tengah malam. Cukup mengujakan apabila konvoi istimewa tersebut disertai oleh 20 orang Lady Bikers yang cukup bergaya dengan jentera masing-masing.

Sebelum berlepas, para peserta diberi taklimat ringkas oleh dua orang 'otai' yang sudah tidak asing lagi buat rakan-rakan konvoi Kawasaki iaitu Che Mad dan Miekawa. Dengan tunggangan yang selamat dan berdisiplin, konvoi tiba di Sarang Art Hub, Tanjung Malim lebih kurang jam 1.40 pagi. Sarang Art Hub merupakan sebuah rumah lama yang telah diubahsuai menjadi restoran berkonsepkan rumah rehat seni yang cukup cantik, hipster dan unik.

Dinding luar restoran ini dihiasi dengan lukisan potret para selebriti dan para pemimpin terkenal dari dalam dan luar negara. Terdapat juga ruang rehat yang dihiasi dengan pelbagai poster-poster filem yang disusun mengikut tahun-tahun ia ditayangkan. Memang teruja apabila dapat melihat kembali poster filem tahun-tahun 1940-60an. Di bahagian luar pula dipadankan dengan adanya pentas khas untuk kumpulan muzik yang lengkap dengan alat muziknya.

Makanan yang disediakan untuk program sahur pada hari tersebut cukup menyelerakan. Ada makanan ala barat seperti spaghetti, ayam bakar dan juadah nasi campur dengan lauk-pauk masakan kampung. Untuk menu harian, Sarang Art Hub menawarkan pelbagai jenis masakan barat dan tempatan. Untuk ke sana juga tidak susah, ia terletak di Jalan Rumah Rehat, Tanjung Malim.

Selain menikmati juadah yang disediakan, program anjuran KMSB itu memberi peluang buat para pemilik Kawasaki bertemu dengan rakan baru dan lama. “Menerusi program ini, ia dapat mengeratkan silaturrahim di antara para pemilik Kawasaki tidak kira model apa sekali pun dan tanpa sempadan bangsa,” kata Pak Tua dari Z800 Havoc.

“Program sahur ini memang sangat bagus kerana dapat beri peluang untuk berjumpa kembali dengan rakan-rakan yang lama tak bersua kerana ada yang tinggal jauh. Jarak di antara Kuala Lumpur dan Tanjung Malim pun tak jauh, mata pun masih segar... memang best. Harap program ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan,” kata Mas dari Shah Alam yang menunggang model Versys 650.

“Saya baru bersama Kawasaki Lady Bikers dan inilah peluang terbaik untuk berjumpa dengan 'otai-otai' dan kawan-kawan lama. Saya juga berharap agar program sebegini diteruskan,” komen pemilik Z900, Naz dari Puchong. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.