RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Ogos 2018

Hulu Langat Crew "Ride To Teluk Batik"

Pada 28 April 2018 (Sabtu), kelab permotoran RS150R Hulu Langat Crew (HLC) telah mengadakan 'ride' santai ke Teluk Batik yang disertai seramai 16 orang ahli daripada kelab tersebut. Perjalanan kami bermula di RNR Sungai Buloh pada jam 8.30 pagi dan berhenti di Kuala Selangor untuk bersarapan pagi. Semangat setiakawan yang erat telah menjadikan 'ride' ini menarik dan cukup istimewa. Dari Kuala Selangor, kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju iaitu Teluk Batik.

Tepat jam 1.30 petang kami tiba di Teluk Batik, berehat seketika dan menunaikan solat zohor. Setelah itu, bermulalah sesi perkenalan ahli baru dan ini amat penting bagi mengeratkan lagi hubungan ikatan silaturahim antara satu sama lain. Kami tidak juga melepaskan peluang untuk bergambar bersama di sana.

Selepas berbincang dan mendapat persetujuan, perjalanan kami diteruskan lagi ke Menara Condong yang berada di bandar Teluk Intan yang mana jaraknya tidaklah begitu jauh dari Teluk Batik. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang satu jam dan ini adalah kesempatan buat rakan-rakan untuk melihat pemandangan di sepanjang perjalanan.

Pada jam 4.00 petang, kami selamat sampai ke destinasi dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama sebagai satu kenang-kenangan. Setelah selesai bergambar dan berehat seketika, kami memutuskan agar pulang lebih awal supaya tidak terlalu lewat untuk sampai ke rumah masing-masing. Keselamatan sentiasa kami utamakan.

Syukur... semuanya berjalan dengan lancar. Dengan itu, jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Tajul selaku pengerusi Kelab Permotoran Hulu Langat Crew (HLC) kerana telah menganjurkan aktiviti sedemikian dan tidak lupa juga kepada ahli-ahli yang telah memberikan komitmen yang baik sepanjang aktiviti ini dijalankan. Didoakan agar aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi bagi memupuk semangat sepasukan dan mengeratkan hubungan bersama ahli-ahli yang lain. RR

Isu Pada

Ogos 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.