RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Julai 2017

Sesi Uji Motosikal HONDA Untuk Media

Boon Siew Honda (BSH) telah mempertontonkan tiga model baru iaitu Rebel 500, CRF250 L dan CRF250 Rally yang bakal dilancarkan sepenuhnya pada bulan Ogos ini. Pengenalan kepada jentera baru ini telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam satu acara khas yang dianjurkan untuk wakil media permotoran tanahair. Turut diperkenalkan di acara tersebut ialah model-model yang diperkemaskan seperti CBR 250R, NSS300, siri 500cc dan siri jentera 600cc.

“Kami cukup positif dengan barisan model-model terkini dan ianya telah meningkatkan kadar penjualan sejak beberapa tahun ini. Untuk menyaingi perubahan para pelanggan, BSH telah mengenalpasti tiga kategori produk iaitu Premium, Sporty dan Lifestyles,” kata Dato' Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, Timbalan CEO & Ketua Pegawai Jualan.

Turut menyerikan acara pada hari tersebut ialah En.Nobuhide Nagata, CEO & Pengarah BSH serta En. Koichi Tonouchi, Pengurus Besar BSH.

Model skuter NSS300 berada di dalam kategori Premium manakala dalam kategori Sport pula terdiri daripada siri CBR seperti CBR650, 500 dan 250. Turut berada dalam kategori yang sama ialah CB500F dan CB650F serta model-model pengembaraan seperti CB500X dan model terbaru iaitu CRF250 Rally dan CRF250 L. Honda Rebel 500 merupakan produk menarik dalam kategori Lifestyles.

Untuk merasai sendiri prestasi jentera-jentera ini, pihak media telah diberi peluang mengujinya di litar. BSH telah menyediakan beberapa model daripada setiap kategori untuk dipandu uji. Sudah pastilah model CRF250 Rally, CRF250 L dan Rebel 500 paling 'dikejar'.

CRF250 Rally
CRF250 Rally
CRF250 L
CRF250 L

Walaupun hanya enam lap bersama kedua-dua model ini, prestasi dan persembahannya cukup memberang-sangkan. Menurut pihak Boon Siew, harga untuk model-model ini bakal ditawarkan pada harga dalam lingkungan RM28,000 manakala Rebel 500, sebuah model ala bobber dijangka berharga dalam lingkungan RM32,000.

Rebel 500
Rebel 500

RR juga berkesempatan menguji beberapa model lain seperti CBR650F dan CB650F yang tidak dinafikan mempunyai prestasi yang hebat sekali. Penukaran gear yang ringan dan lancar sangat-sangat diperlukan ketika tiba di selekoh-selekoh tajam di litar SIC. Kedua-dua model ini juga memiliki kerangka jenis diamond bertegaran tinggi yang memberi kestabilan ketika memecut lebih daripada 180km/j.

Ternyata satu setengah jam menunggang jentera-jentera Honda memberi ketagihan dek kerana prestasinya dalam semua segi cukup tinggi sekali. Sama-sama kita tunggu tibanya saat dan waktu Rebel 500, CRF250 Rally dan CRF250 L di pasaran.

Sesi pra-tonton tersebut dimeriahkan dengan majlis berbuka puasa dan beberapa acara permainan yang telah disediakan oleh pihak BSH. Antaranya ialah membaling straw, memisahkan warna kacang dan kuiz berkenaan jentera Honda yang menawarkan hadiah cukup istimewa iaitu sebuah topi keledar Shoei yang mempunyai tanda tangan pelumba MotoGP, Marc Marquez. RR

Isu Pada

Julai 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.