RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Julai 2017

Warna Baru Honda CBR500R & CB500F Mengancam!

Untuk terus mendapat permintaan dan sambutan para pencinta motosikal di Malaysia, Boon Siew Honda telah menyempurnakan model CBR500R dan CB500F edisi tahun 2017 dengan warna serba baru yang cukup mantap dan berinovasi.

CBR500R
CBR500R

Kedua-dua model ini dilengkapi dengan enjin 471cc DOHC, sistem penyejuk cecair dengan kuasa luar biasa iaitu 37kW pada 8,500rpm dan tork maksimum mencapai 44Nm pada 7,000rpm. Untuk pecutan yang tangkas, gerek dan lejang model ini telah direka pada saiz 67mm x 66.8mm. Rupabentuk CBR500R dan CB500F diperkemaskan dengan penggunaan LED pada lampu hadapan dan belakang.

Untuk memberikan perlindungan kepada pemiliknya, Honda ini didatangkan dengan penyerap hentak hadapan boleh laras, brek hadapan boleh laras dengan lima titik pelarasan. Honda juga telah melengkapkannya dengan kunci wave key yang direka khas untuk mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan.

CB500F
CB500F

Kedua-dua jentera 500cc ini merupakan contoh terbaik produk Honda yang direka dengan bijak dengan ciri-ciri menarik pada harga yang berpatutan. CBR500R dan CB500F sudah berada di pasaran bermula bulan Mei lalu dan ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu Lemon Ice Yellow (yang terbaru), Millenium Red dan Matt Gunpowder Black. Harga untuk CBR500R ialah RM31,681.28 (std) dan RM35,179.28 (ABS) manakala CB500F pula berharga RM31,363.28 (std) dan RM34,861.28 (ABS). Setiap pembelian akan menerima jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Nota: Harga yang disyorkan ini termasuk GST tetapi tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran. RR

Isu Pada

Julai 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.