RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 November 2017

Program Jelajah 1 Jiwa BERNAMA

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah menganjurkan Program Jelajah 1 Jiwa bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Jubli Emas BERNAMA pada 8 hingga 15 Julai 2017. Program ini melibatkan jentera dan skuter berkuasa tinggi yang telah menjelajah ke setiap pejabat Biro BERNAMA di seluruh negara serta mengunjungi para veteran dan pesara yang banyak berbakti. Mforce Bike Holdings berbesar hati menaja lima buah motosikal terbaharu Benelli yang terdiri daripada tiga buah model TRK502 dan dua buah jentera 302R untuk digunakan sepanjang jelajah ini berlangsung.


Penjelajahan terbahagi kepada dua di mana Siri Pertama penjelajahan akan ke Putrajaya, Kuala Lumpur, Shah Alam, Ipoh, Georgetown, Alor Setar, Kangar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Johor Bharu, Melaka dan Seremban. Manakala bagi Siri Kedua di Sarawak/Sabah, jelajah akan bermula di Kuching, Sibu, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Selain itu, konvoi juga akan berkunjung ke cawangan Mforce Bike Holdings di Segambut dan bilik pameran Benelli.

Penyerahan motosikal telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Mforce Bike Holdings, En. Asri Ahmad dan konvoi penuh bermakna tersebut telah dilepaskan oleh Pengurus Besar BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh.


Perjalanan sejauh 2,237 kilometer itu telah membuktikan keupayaan dan kemantapan jentera Benelli yang telah digunakan oleh para penunggang. Model TRK502 merupakan jentera pengembaraan yang mempunyai posisi menunggang cukup selesa. Model pengembaraan ini mempunyai kuasa maksimum 48hp pada 8,500rpm dan tork 45Nm pada 5,000rpm yang membolehkan perjalanan ribuan kilometer dapat direntasi dengan selesa dan lancar. Sila dapatkan maklumat terperinci mengenai TRK502 menerusi Ruangan Pandu Uji dalam RodaRoda keluaran Julai 2017.


Bagi mereka yang menunggang model 302R, jentera ini menawarkan ketangkasan dan kelincahan dalam semua keadaan dengan kekuatan maksimum 38hp pada 10,000rpm dan tork 27.4Nm pada 9,000rpm. Model 302R didatangkan dengan kerangka tiub keluli bertegaran tinggi serta pakej sistem saspensi yang menyerap hentakan pada pelbagai jenis permukaan yang dilalui dalam konvoi tersebut. Sistem pancitan bahan apinya turut menawarkan penggunaan bahan api yang cukup menjimatkan.


Perjalanan ke setiap destinasi bergerak dengan lancar dan selamat kerana kesemua peserta sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan. Selain berkonvoi ke setiap pejabat Biro BERNAMA, program yang dianjurkan ini turut memberi peluang buat para peserta melihat keindahan alam dan menikmati masakan istimewa di setiap lokasi yang dikunjungi.


Ketika di utara tanahair, para peserta bukan sahaja mengharungi jalan-jalan berliku tetapi turut diuji dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Apa pun, semangat dan disiplin yang tinggi memudahkan perjalanan yang dilakukan pada hari itu. Konvoi selama lapan hari itu telah merentasi pelbagai destinasi dan cabaran dari Kuala Lumpur – Utara – Pantai Timur sebelum tamat di Selatan tanahair dengan jayanya. RR

Isu Pada

November 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.