RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Mei 2016

Terbang Ke Jepun dengan Peraduan Shell Advance Power On & Miliki Barangan GIVI

Berita gembira buat pengguna produk Shell. Dengan pembelian satu pek liter mana-mana minyak enjin motosikal sintetik penuh Shell Advance Ultra iaitu Shell Advance VSX, AX5, AX5 Scooter atau AX7 bermula pada 1 April hingga 30 Jun nanti, anda mungkin berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat dan lumayan daripada Shell dan GIVI.

Kiri: Dari Shell Lubricants, Pengurus Pemasaran En. Alex Lim, Pengurus Besar En. Leslie Ng dan Pengarah Urusan GIVI Asia, En. On Hai Swee.
Kiri: Dari Shell Lubricants, Pengurus Pemasaran En. Alex Lim, Pengurus Besar En. Leslie Ng dan Pengarah Urusan GIVI Asia, En. On Hai Swee.

Peluang keemasan ini datangnya dari edisi terbaru peraduan tahunan yang dianjurkan oleh Shell Advance yang menawarkan hadiah berupa lawatan ke Jepun dengan semua perbelanjaan ditanggung pada bulan Oktober nanti kepada dua pemenang Hadiah Utama. Pemenang juga berpeluang untuk menyaksikan barisan penunggang Malaysia beraksi dalam pusingan kelima kejohanan perlumbaan motosikal Piala Bakat Asia Shell Advance musim ini di litar lumba Twin Ring Motegi.

Shell Advance juga bekerjasama dengan jenama aksesori motosikal terkenal, GIVI, untuk menawarkan pilihan barangan edisi terhad yang menarik sebagai Hadiah Sagu Hati. Hadiah-hadiah ini adalah 10 kotak Monolock, 20 unit topi keledar dengan muka bertutup penuh, 30 unit baju hujan dan 50 unit beg sandang belakang.

Setiap pembelian minyak enjin ini, para pelanggan akan menerima pelekat secara percuma. Pasang pelekat itu dengan cara paling kreatif pada motosikal anda. Ambil gambar hasil sentuhan kreatif anda itu, tulis keterangan dan muat naik ke Facebook, Twitter atau Instagram dengan hashtag #PowerOnShellAdvance.

Menurut Pengurus Besar Shell Lubricants Leslie Ng, hadiah menarik yang ditawarkan dalam peraduan Shell Advance Power On 2016 bertujuan untuk memberi ganjaran kepada penunggang setia dan tegar, yang bergantung kepada Shell Advance untuk mendapatkan kepuasan daripada setiap tunggangan. RR

Isu Pada

Mei 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.