Untuk terus berdaya saing dan memberikan perkhidmatan terbaik buat para pengguna motosikal, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah mengubah sebuah Yamaha Star Shop yang terletak di Taman Sri Muda, Shah Alam kepada Yamaha Star Centre pertama dengan kerjasama GT-Max Motors (M) Sdn Bhd.
Sejak pelancaran tiga model terbaru iaitu Pulsar NS200, Pulsar RS200 dan V15, Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) yang bekerjasama dengan Bajaj Auto India Ltd telah menerima maklum balas yang cukup positif di kalangan para pengguna motosikal di seluruh negara. Dengan kejayaan tersebut, MODENAS telah meningkatkan kadar pengeluaran untuk memenuhi permintaan yang kini telah melebihi tahap pengeluaran.
Demi kepuasan para pelanggan, Chear Motor Sdn Bhd menawarkan pelbagai promosi sangat menarik untuk jentera MV Agusta, pakaian menunggang dan aksesori motosikal yang hanya boleh didapati jika anda berkunjung ke ibu pejabat mereka di Klang atau di Chear Motor cawangan Shah Alam.

Untuk terus berdaya saing, Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan model RS150R 2017 dengan warna dan rekacorak serba baru. Sejak diperkenalkan pada Jun tahun lalu, RS150R telah menerima sambutan yang cukup hangat oleh para pencinta motosikal khususnya mereka yang inginkan sebuah moped yang berprestasi tinggi, tahan lasak dan sporty. Secara purata, lebih 2,000 unit RS150R dijual setiap bulan dan untuk menampung permintaan yang tinggi ini, pihak BSH telah meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memastikan model ini dapat dimiliki dengan secepat mungkin.

Boon Siew Honda dengan bangganya memperkenalkan model CBR650F dan CB650F yang telah berada di Kedai Impian Honda bermula 1 Ogos 2017. Model popular dan cukup menarik ini telah menerima sentuhan baru yang pastinya memenuhi kehendak para pencinta motosikal di seluruh negara. Kuasa maksimum Honda CBR650F dan CB650F 2017 baru telah dipertingkatkan kepada 67kW pada 11,000rpm dan tork 64Nm pada 8,000rpm yang diperolehi menerusi sistem aliran kemasukan dan sistem pengurusan ekzos yang baru.