RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 10 November 2016

Pemilik Airblade Sambut Merdeka Di Putrajaya

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, Air Blade Owner Malaysia telah menganjurkan satu perjumpaan yang melibatkan para pemilik Honda Airblade 125 yang diadakan di Putrajaya. Kelab ini ditubuhkan menerusi aplikasi WhatsApp dan telah berjaya mengumpulkan kira-kira 80 orang ahli dari seluruh tanahair.

Walaupun sibuk dengan komitmen dan hari cuti, kira-kira 10 orang ahli kelab ini telah hadir dan pastinya ucapan tahniah diucapkan buat En. Mohd Suhaimi atau lebih dikenali dengan gelaran Miburagas dan isterinya Pn. Jamaliah yang sanggup datang dari Pulau Pinang. Suhaimi dan isteri bertolak dari Pulau Pinang kira-kira pada jam 4.00 pagi dan selamat sampai di RnR Sungai Buloh di awal pagi.

Kesemua para pemilik Airblade berkumpul di RnR Awan Besar kira-kira pada jam 9.00 pagi sebelum bergerak ke Putrajaya. “Kami memilih Putrajaya kerana di sana mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk dilawati dan cukup sesuai untuk beriadah di hari cuti sebegini,” kata Shamsul, salah seorang daripada pemilik.

Sebaik sahaja tiba di perkarangan Dataran Putrajaya, hujan turun dengan lebat menyebabkan perjalanan terpaksa dihentikan buat seketika. Walaupun begitu, cuaca sebegini telah menyebabkan hari lebih redup dan lebih dingin. Perjalanan kemudiannya diteruskan menuju lokasi lain yang lebih menarik seperti ruang rehat tepian tasik, laluan hadapan mahkamah dan selepas bersiar-siar, mereka bergerak ke Bangi untuk makan tengahari dan bersurai.

Walaupun ini perjumpaan pertama dan cukup ringkas, rakan-rakan Air Blade Owner Malaysia yang hadir dapat mengenali dengan lebih rapat selain hanya berborak di ruang maya. Tak kenal maka tak cinta... Bersahabat biar beribu! RR

Isu Pada

November 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700