RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 1 Disember 2023

Ride Santai Selepas Kerja

Pada 24 Oktober 2023 lalu, satu konvoi 'selepas kerja' telah pun diadakan di antara rakan-rakan sekerja dari Line Maintenance KLIA (LMK) Engineering Malaysia Aviation Group (MAG).
Tujuan konvoi ini adalah untuk bersantai bersama-sama rakan untuk menghilangkan tekanan kerja dan juga 'memburu' kedai (port) makan lazat di sekitar bandar Port Dickson (PD), Negeri

Sembilan. Selain itu, pengalaman menunggang ini juga dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kami sendiri.

Konvoi disertai tujuh buah motosikal dari 100cc hingga 600cc bersama sebuah kereta sokongan yang turut sama berkonvoi. Tercetusnya idea untuk bermotosikal bersama rakan kerja ini ketika kami berehat dan berborak-borak mengenai jenis makanan popular mengukit negeri-negeri di Malaysia. Jadi, akhirnya semua sepakat untuk adakan konvoi 'memburu' tempat makan.

Kami berkumpul di Hentian Senawang pada jam 8.00 pagi. Ada yang datangnya dari Putrajaya, Bangi, Sepang dan Nilai. Perut masing-masing juga 'ready' untuk diisi. Buruan pertama kami ialah ke Warung Mee Udang Galah Route N9 yang terletak di Pedas. Menu paling padu ialah Mee Kari Udang Galah yang berharga RM22 semangkuk.

Antara juadah lain yang terdapat di restoran ini ialah Mee Kari Kerang, Lontong, Nasi Lemak dan Soto. Bagi kami, rasa dan harganya cukup berpatutan. Selain hari Rabu (cuti), kawan-kawan boleh datang ke sini yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Dari situ, konvoi bergerak ke PD dengan menggunakan jalan luar bandar (dalam kampung) yang menghijau dan menyegarkan. Kira-kira 40 minit kemudian, konvoi tiba di destinasi kedua. Angin laut yang menampar pipi membantu hati menjadi tenang dan kami juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar sebagai tanda ingatan dan kenangan.

Dari pantai PD, tayar bergolek semula untuk meneruskan hasrat awal dan kali ini kami ke Restoran Mat Nasi Kambing (MNK) yang terletak berhadapan dengan papan tanda Selamat Datang Teluk Kemang. Satu set nasi kambing berharga RM20 – lazat sehingga menjilat jari. Menu lain yang menjadi pilihan ramai ialah Set Asam Pedas Ikan Pari, Tenggiri, Set Masak Lemak Salai Ikan dan Daging. Best kat sini sebabnya lokasi senang nak cari dan ruang parkir pun luas.

Usai makan dan menunaikan tanggungjawab masing-masing, kami naik semula di atas motor untuk sambung perjalanan. Berikutnya.... kami ke Kodai Hijo Sendayan pula! Perjalanan ke Sendayan tidak secerah tadi, kami terpaksa meredah hujan yang agak lebat. Habis basah dibuatnya. Restoran ini juga terkenal dengan Masak Lemak, Masak Salai dan lauk pauk lain yang bagi kami harganya juga berpatutan. Ia dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Oh ya... kawan-kawan nak cari lokasi restoran ni pun mudah.

Selesai minum petang, kami semua bersurai dan berpecah untuk pulang ke rumah masing-masing. Memang best 'ride' kali ini walaupun ia baru pertama kali dianjurkan. Paling penting, semua kawan-kawan seronok dan kami bercadang untuk meneruskan misi 'memburu' port makan menarik di tempat lain pula. RR

- Azmizan

Isu Pada

Disember 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.