RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Jun 2022

Kasma Tawan Litar Terengganu

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin telah meraih kemenangan dalam pusingan keempat Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia kategori CP150 di Litar Permotoran Terengganu.

Pada perlumbaan akhir, Kasma memulakan perlumbaanya dipetak ketiga selepas mencatatkan masa 48.944s di sesi "Superpole". Sepanjang perlumbaanya beliau mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga walaupun diberi tentangan hebat oleh para pelumba yang lain.

Sepanjang 17 pusingan Kasma mengekalkan momentum bersama jenteranya sebelum memintas pelumba du hadapannya untuk merapas kedudukan kedua. Saingan kelas CP150 bertambah sengit pada pusingan terakhir di antara Kasma Daniel dan rakan sepasukannya Nazirul yang menguasai perlumbaan pada ketika itu.

Kasma akhirnya berjaya memintas Nazirul di selekoh terakhir dan menguasai perlumbaan sehingga melepasi garisan penamat dengan catatan masa 16:30.494s diikuti Nazirul Izzat di tempat kedua (16:30.915s) dan tempat ketiga menjadi milik hmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dengan catatan masa 16:30.943s.

Manakala perlumbaan akhir CP125 pula dimenangi oleh Md Fareez Afeez Abd Rahman dari pasukan YYPang Yamaha Racaing. Ini merupakan kemenangan beliau yang pertama pada musim ini dan Fareez kini menduduki tanggan kelapan secara keseluruhan selepas perlumbaan akhir.

Pada sesi kelayakan Fareez telah mencatatkan masa 51.608s. Kepantasan dan kemahiran beliau di litar ini berjaya menempatkan dirinya di petak pertama ketika "shoot-out". Beliau mempamerkan aksi tunggangan yang hebat untuk berada ditempat pertama sepanjang perlumbaan.

Fareez menamatkan perlumbaannya ditempat pertama dengan catatan 13’03.786s. Tempat kedua dimenangi oleh Md Haziq Md Hamdan dari pasukan Honda KC Racing dengan catatan masa 13’04.709s. Manakala Md Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa 13’04.820s berada di tempat ketiga. Walaupun Haziq mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakkan, beliau gagal mendaapatkan sebaran kemenangan pada pusingan ini.

Dalam kelas Wira KBS, kedudukan di petak pertama beri kelebihan buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing, Md Danish Aiman Zamrul  untuk memecut ke hadapan pada pusingan pertama. Beliau berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai pemimpin perlumbaan dan sekaligus menamatkan saingan di tempat pertama dengan catatan 10’42.974s.

Manakala tempat kedua dan ketiga jatuh ke tangan rakan sepasukan Danish iaitu Md Adam Haikal Jahar dan Md Syamil Amysar Md Iffende yang masing-masing mencatatkan masa 10’45.880s dan 10’51.798s. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.