RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 November 2024

Cabaran & Pengalaman Baru Buat Para Pelumba SIC Racing

Pusingan terakhir Kejuaraan FIM JuniorGP 2024 telah diadakan di Litar Estoril, Portugal dari 25 hingga 27 November 2024. Walaupun berhadapan dengan beberapa cabaran, pelumba-pelumba SIC Racing terdiri daripada Farish Hafiy dan Danial Syahmi, menunjukkan semangat yang tinggi untuk menghadapi saingan ini.

Pengalaman pertama Farish Hafiy di Litar Estoril.
Pengalaman pertama Farish Hafiy di Litar Estoril.

Farish, pertama kali berlumba dalam kategori JuniorGP dan 'edisi sulungnya' dia di litar Estoril telah menunjukkan peningkatan yang baik sepanjang sesi latihan dan sesi kelayakan. Meskipun menghadapi kesukaran dalam mengekalkan kedudukan pada Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2, Farish tetap memberi komitmen tinggi dan terus belajar dari pengalaman baru ini.

Farish Hafiy.
Farish Hafiy.

Bagi Danial Syahmi pula, perlumbaan kali ini agaka sukar selepas dia terlibat dengan beberapa kemalangan kecil. Insiden tersebut sedikit sebanyak menyebabkan dia kurang keyakinan. Walaupun gagal mengumpul sebarang mata, Danial tetap berusaha untuk memperbaiki prestasinya daripada tahun ke tahun.

Kedua-dua pelumba mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan, termasuk pasukan, sponsor, dan keluarga. Dengan pengalaman berharga di Estoril, Zulfahmi & pasukan berharap dapat kembali lebih kuat dan kompetitif pada musim hadapan.

“Pertama sekali, syukur alhamdulillah kerana saya berjaya menamatkan Race 1 dan Race 2 dengan selamat. Namun, pusingan kali ini agak sukar untuk saya mengutip mata. Dalam Race 1, saya menamatkan di P16, manakala dalam Race 2, saya di P18. Malangnya, keputusan ini menyebabkan saya gagal mengumpul sebarang mata, dan saya agak kecewa kerana menutup musim 2024 dengan tangan kosong," Danial Syahmi.

Danial Syahmi.
Danial Syahmi.


Danial Syahmi.
Danial Syahmi.


“Syukur, selesai dua perlumbaan hari ini. Untuk Perlumbaan 1, saya memulakan saingan dengan baik. Saya berjaya memintas banyak pelumba pada lap pertama dan berada di kedudukan ke-17. Saya cuba untuk terus memecut ke hadapan, tetapi beberapa pelumba telah memotong saya di setiap lap. Ini disebabkan masalah pada saspensi belakang. Saya kehilangan tahap cengkaman, itu menyukarkan saya untuk kekalkan prestasi dan akhirnya tamat di tempat ke-24,"

Pengurus pasukan SIC Racing - Msi turut memuji kedua-dua pelumbanya walaupun menamatkan saingan di posisi yang tidaklah seperti yang diharapkan. "Minggu ini adalah minggu yang sangat mencabar untuk Farish Hafiy kerana ini merupakan kali pertama dia berlumba dalam kategori JuniorGP dan juga pertama kali di Litar Estoril. Bagi Danial pula, kita dapat lihat semasa sesi latihan (practice) terdapat beberapa insiden terjatuh yang menjejaskan keyakinannya pada hari perlumbaan. Dia sentiasa mencuba untuk meningkatkan prestasinya dari tahun ke tahun." RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.