RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Februari 2026

Musim Baru MotoGP 2026 Dilancarkan di Kuala Lumpur

Selamat datang MotoGP 2026! Buat julung kalinya pelancaran untuk perlumbaan dua roda paling berprestij ini telah diadakan di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Lebih mengagumkan, acara yang gilang gemilang ini diadakan di persekitaran Menara Kembar Petronas.

Ribuan peminat hadir menyaksikan acara ini, walaupun hujan lebat sempat turun sebelah petang. Acara berlangsung cukup meriah dengan kehadiran para pelumba kelas premier melakukan lap pendek dengan mempertontonkan jentera masing-masing.

Mereka menunjukkan kemahiran seperti wheelies dan stoppies, menarik sorakan penonton yang hadir. Antara pelumba yang tampil memberi aksi termasuk Alex Rins, Toprak Razgatlioglu, Jack Miller, Marco Bezzecchi, Juan Mir, Jorge Martin, Alex Rins, Pedro Acosta, Maverick Vinales, Alex Marquez, Francesco Bagnaia, Ai Ogura, Luca Marini, Marc Márquez dan ramai lagi.

Dianggarkan 20,000 peminat dari dalam dan luar negara berkumpul di tengah bandar untuk menyaksikan aksi para pelumba pelumba kegemaran mereka. Para pelumba kemudiannya turut diraikan dengan sesi temubual di pentas yang telah disediakan.

Luca Marini dan Joan Mir menyampaikan rasa terima kasih kepada peminat yang hadir walaupun cuaca tidak begitu bersahabat, dan menyatakan keseronokan mereka dapat menunggang di jalanan ikonik Kuala Lumpur.  Acara turut diwarnai dengan persembahan muzik oleh artis tempatan dan antarabangsa seperti Dolla, DJ Pawsa, dan The Script.

Seluruh peminat MotoGP khususnya menjadikan acara ini sebagai permulaan musim yang penuh semangat. Selepas Malaysia, para pelumba akan ke Litar Buriram, Thailand untuk menjalani sesi Ujian Rasmi dan akan kembali ke litar yang sama pada awal Mac nanti untuk memulakan pertarungan sulung tahun ini. RR

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.