RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 Ogos 2020

Aston Martin & Brough Superior Lahirkan Jentera Istimewa AMB 001

Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA telah menempa satu lagi sejarah permotoran apabila dua jenama ikonik British iaitu Aston Martin yang terkenal sebagai pengeluar kereta mewah dan Brough Superior telah bekerjasama buat pertama kalinya untuk menghasilkan sebuah jentera cukup istimewa yang diberi nama AMB 001.

“Inilah yang dikatakan sebuah motosikal canggih dan kami amat berbangga untuk melihat kemampuan Aston Martin dalam penciptaan jentera dua roda buat pertama kalinya. Selain menerapkan segala kemahiran dalam pembangunan kereta seperti mana yang dilakukan pada Aston Martin Valkyrie, kami juga dapat membawa kepakaran khususnya dalam teknik kraf untuk projek ini. Hasilnya, ia adalah satu produk sangat cantik dan bukti hasil kerja penuh kesenian,” kata Timbalan Eksekutif Presiden dan CEO Aston Martin, En. Marek Reichman.

Hanya terdapat 100 buah AMB 001 sahaja dibina dan jentera yang direka khusus untuk kegunaan litar ini mewakili keunikan rekabentuk Aston Martin dan kualiti tinggi kejuruteraan Brough Superior. Menerusi model ini, kita dipertontonkan sebuah jentera yang unik, moden, ringan, hantaran kuasa jentera sport dan ciri teknikal eksklusif termasuklah konfigurasi casis dengan fork hadapan jenis wishbone serta struktur binaan gentian karbon, titanium dan aluminium billet.

Pasukan Rekabentuk memiliki prinsip cukup jelas iaitu dengan menjadikan Aston Martin sumber inspirasi utama. Mereka menggabungkan kepakaran rekacipta dan kejuruteraan bersama-sama untuk menghasilkan sebuah motosikal yang benar-benar mengagumkan. AMB 001 memiliki tahap elegan yang sebelum ini tidak didapati di mana-mana jentera perlumbaan. Ini dapat dilihat menerusi siripnya di bahagian sisi, pelana kulit Oxford Tan buatan tangan yang memiliki kualiti setaraf kereta mewah, sayap aerodinamik di bahagian hadapan dan sistem ekzos dibuat daripada Inconel, bahan superalloy yang dipilih atas ketahanan haba dan sifar mekaniknya.

AMD bukan sahaja cantik, ia juga sebuah jentera yang berprestasi tinggi. Enjinnya bersesaran 997cc, v-kembar, 8 injap, sistem penyejuk cecair/minyak yang mempunyai cas turbo berkuasa 180hp dan model ini hanya seberat 180kg. Konfigurasi turbo ini menawarkan tindak balas enjin yang luar biasa dalam semua peringkat rpm. Ini juga merupakan model pertama dari Brough Superior yang dilengkapkan dengan enjin v-kembar dan cas turbo.

“Aston Martin mungkin berusia 106 tahun tetapi momentum untuk terus maju ke hadapan sememangnya memberi inspirasi terutamanya dari sudut rekacipta. AMB 001 adalah hasil tangan pasukan sama yang telah merekacipta kereta kami selama ini. Mereka adalah pakar yang telah menjayakan banyak projek. Tidak seperti syarikat pengeluar kereta lain, para pereka kami memiliki pengalaman luas dan inilah yang diterjemahkan melalui AMB 001,” tambah Reichman.

AMB 001 dibina dan dipasang dengan tangan di kilang Brough Superior yang terletak di Toulouse, Perancis. Benar... hanya 100 unit sahaja dikeluarkan pada harga 108,000 Euro termasuk 20% VAT. Penghantaran pertama akan dilakukan pada suku keempat 2020. Untuk keterangan lebih lanjut, layari: https://www.astonmartin.com/en-gb/our-world/partnerships/brough-superior. RR

Isu Pada

Januari 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.