RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 Oktober 2022

Skuter Elektrik Blueshark R1 Bakal Masuki Pasaran Negara

Blueshark, pembekal skuter elektrik pintar yang terkemuka, bersama-sama EP Manufacturing Berhad (EPMB), telah dimeterai memorandum (MoC) dengan beberapa syarikat tempatan lain termasuk Blueshark Ecosystem Sdn Bhd dan Malaysian Green Technology & Climate Change Corporation (MGTC) untuk memasuki pasaran motosikal di Malaysia menerusi jentera skuter elektrik, Blueshark R1.

Dari kiri: En. Jeff Chong, Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor dan En. Hamidon bin Abdullah menampilkan skuter elektrik terbaru Blueshark R1.
Dari kiri: En. Jeff Chong, Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor dan En. Hamidon bin Abdullah menampilkan skuter elektrik terbaru Blueshark R1.

Model skuter elektrik Blueshark R1 ini telah dipertontonkan bersempena dengan Persidangan & Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau & Produk Eko Malaysia (IGEM) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Blueshark R1 merupakan sebuah skuter elektrik moden yang disempurnakan dengan sistem operasi ArkRide OS dengan teknologi penukaran bateri jenis litium besi fosfat (LFP) yang menjadikan proses pengecasan yang lebih cepat dan mudah. Selain itu, dua lagi kaedah mengesan yang boleh dilakukan ialah dengan mengecaskannya terus pada skuter ini atau menggunakan alat pengecas mudah alih.

Setiap unit skuter ini dilengkapkan dengan dua buah bateri berkapasiti 1,440Wh setiap satu yang mampu menawarkan jarak perjalanan sejauh 110 kilometer. Untuk jangka masa terdekat ini, stesen penukaran bateri ini akan diwujudkan di stesen petrol yang terpilih.

Enjin Blueshark R1 memiliki hantaran kuasa maksimum setinggi 5kW serta tork 201Nm dengan lima mod tunggangan iaitu Eco, Normal, Sport, Turbo dan Reverse Assistance. Tahap Kelajuan dan corak hantaran kuasa skuter ditala mengikut pemilihan mod tunggangan dengan laju maksimum mencecah 80 km/j.

Seperti mana-mana motosikal elektrik, Blueshark R1 juga sangat senyap tetapi, terdapat sistem elektronik yang boleh mengeluarkan bunyi 'tiruan' seakan-akan skuter biasa. Ini adalah ciri-ciri menarik khususnya buat pemiliknya yang inginkan kelainan.

Skuter elektrik ini hadir dengan skrin HD IPS (seperti paparan TFT) yang memaparkan pelbagai informasi penting seperti tahap kelajuan, pemilihan mod, jarak perjalanan, tahan penggunaan bateri dan penyambungan Bluetooth. Dengan adanya kamera di hadapan dan belakang, imej akan dipaparkan ketika kita mengundur dan ia juga bertindak memberi amaran titik buta.

Harganya masih belum diberitahu tetapi skuter ini akan berada di pasaran negara tidak lama lagi. Ia akan ditawarkan dalam pakej pajakan komersial atau pembelian terus seperti biasa. Kita nantikan maklumat mengenai skuter ini dari masa ke semasa. RR

Isu Pada

Disember 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.