RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Oktober 2022

Kawasaki Ninja ZX-25R Dipertontonkan Di MotoGP Malaysia

Sempena dengan perlumbaan MotoGP di Malaysia, Kawasaki Malaysia telah mempertontonkan sebuah jentera  sportbike iaitu Kawasaki Ninja ZX-25R. Sejak diperkenalkan pada tahun 2019, model ini ternyata menjadi bualan hangat buat para peminat dua roda bukan sahaja di dalam negara malah di seluruh dunia.

Menurut pihak Kawasaki Malaysia, model ini bakal dilancarkan ke pasaran negara pada tahun hadapan dengan beberapa varian seperti Standart dan ABS Special Edition (SE), kemungkinan akan hadir dalam bentuk pemasangan tempatan (CKD).

Dari segi spesifikasi enjin, ninja ZX-25R dikuasakan dengan enjin bersesaran 248.cc, 4 silinder, DOHC dan sistem penyejuk cecair. Oleh itu, enjinnya mampu menawarkan kuasa maksimum 34.5kW (46PS) tanpa Ram Air, 35.2kW (49PS) dengan Ram Air pada 15,000rpm manakala tork 22.0Nm pada 12,500rpm.

Model ini menampilkan rekabentuk yang cukup sporty. Rupabentuk hadapannya yang garang dipadankan dengan sepasang lampu LED berkembar.  Lampu belakangnya juga adalah jenis LED.

Antara ciri-ciri lain yang menarik adalah Kawasaki Traction Control (KTRC) dengan tiga mod yang boleh dipilih, Kawasaki Quick Shifter (KQS), transmisi 6-kelajuan dengan klac jenis Assist & Slipper, saspensi hadapan jenis USD, tinggi pelana 785mm, berat 184kg dan tangki bahan api bersaiz 15 liter.

Kawasaki Malaysia juga turut mengumumkan harga untuk empat model 2022 berkuasa tinggi bagi pasaran tempatan antaranya:

  1. Kawasaki Ninja 1000SX – RM71,400
  2. Kawasaki Versys 1000 SE – RM81,900
  3. Kawasaki  Z 900 RS – RM63,800
  4. Kawasaki ZX-10R – RM112,600

Manakala harga rasmi untuk Ninja ZX-25R tidak diumumkan. Kita tunggu pelancarannya pada tahun hadapan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.