RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Januari 2014

VICTORY MOTORCYCLES Sedia Gegar Pasaran

Victory Motorcycles, sebuah jenama motosikal Amerika yang terkenal dan dikeluarkan oleh Polaris dengan mesin berkuasa tinggi berkonsepkan easyrider. Ia telah diperkenalkan ke pasaran negara oleh Syarikat Kumpulan Naza menerusi anak syarikatnya Harmony Fabulous Sdn Bhd pada pertengahan Disember lalu.

Datuk Ahmad Maslan (atas motor) merasmikan pusat pameran Victory Motorcycles.
Datuk Ahmad Maslan (atas motor) merasmikan pusat pameran Victory Motorcycles.

Majlis perasmian pusat pameran Victory bertaraf 3S ini telah disempurnakan oleh Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan), Datuk Maruan Mohd Said (Naib Presiden Kanan Bahagian Pelaburan Strategik Korporat Kumpulan Naza) dan En. Nik Danial Nik Mahmood (Naib Presiden NAZA Two Wheels Division).

Jenama ini dilahirkan pada tahun 1998 dan barisan model-modelnya seperti Vision Tour, Cross Country Tour, Hammer 8-Ball, Boardwalk, Judge dan Jackpot ternyata berjaya mendapatkan perhatian peminat tegar motosikal easyrider di Amerika Syarikat khususnya. Model-model Victory juga pernah menerima anugerah Motorcycle Cruiser of the Year daripada media Amerika. Selain mempunyai rekabentuk yang cukup anggun, kunci utama keunggulan model-model Victory ialah pada sistem enjin V-twinnya.

Menurut En. Nik Danial, kesemua 13 model Victory sudah sedia untuk dimiliki dengan menyasarkan penjualan kepada penunggang muda yang inginkan rekabentuk lebih unik dan agresif. Model-model ini ditawarkan pada harga istimewa antara RM100,000 hingga RM200,000 dan semua pembeli motosikal ini akan diserapkan secara automatik untuk menjadi ahli Victory Riding Group (VRG) yang bakal menerima keuntungan eksklusif seperti diskaun pembelian barangan, aksesori dan alat ganti.

“Industri motosikal berkuasa melebihi 500cc telah menunjukkan perkembangan positif dengan peningkatan sebanyak 40% untuk tahun 2013. Ini menunjukkan kadar ekonomi negara yang semakin baik. Peningkatan jumlah penggunaan mesin berkuasa tinggi ini juga dibantu oleh pihak perbankan dari segi bantuan kewangan dan pengenalan model Victory ini oleh NAZA adalah tepat pada masanya,” kata Datul Ahmad Maslan.

Pusat pameran Victory Motorcycles di Glenmarie, Shah Alam.
Pusat pameran Victory Motorcycles di Glenmarie, Shah Alam.

Syarikat ini telah melaburkan sebanyak RM5 juta untuk menyediakan pusat 3S serba lengkap yang terdiri daripada pusat jualan, servis dan alat ganti bangunan seluas 6,000 kaki persegi ini. Pemilik Victory juga akan menerima pakej waranti selama lima tahun dengan kadar jumlah perjalanan tanpa had.

Untuk mendekatkan model baru ini kepada para peminat motosikal di Malaysia, Harmony Fabulous Sdn Bhd telah mengadakan majlis makan malam sehari kemudian. “Majlis makan malam ini adalah untuk memperkenalkan model-model Victory kepada para pencinta motosikal di Malaysia tidak kira pengguna model atau jenama sekali pun. Inilah peluang untuk kami mendapatkan pelanggan-pelanggan Victory,” kata En. Chris Chin, Pengurus Besar, Harmony Fabulous Sdn Bhd.

Dato’ Ed Sulaiman, antara pemilik awal Victory.
Dato’ Ed Sulaiman, antara pemilik awal Victory.

Para penunggang motosikal yang hadir bukan sahaja dari Kuala Lumpur dan Selangor malah ada yang sanggup datang dari Johor semata-mata untuk melihat motosikal yang anggun ini. Ternyata teknologi dan rekabentuk menarik yang ditawarkan oleh mesin-mesin Victory sukar ditandingi oleh para pencabarnya.

Kelab MH Bikers dari Malaysia Airlines System.
Kelab MH Bikers dari Malaysia Airlines System.

“Memang ia satu rekaan yang cukup menarik. Model ini ringan, mudah untuk dikendalikan, enjin barunya dikhabarkan tidak mudah panas dan pakej menarik inilah yang menyebabkan ramai orang bakal meminatinya,” komen Ungku Harun Al-Rashid dari Kuala Lumpur yang juga pemilik kepada dua buah mesin Harley Davidson iaitu Dyna Custom dan Super Glide.

Layanan mesra daripada staf Victory Motorcycles.
Layanan mesra daripada staf Victory Motorcycles.

“Sememangnya saya sudah lama menunggu model ini masuk ke negara kita dan penantian saya kini telah berakhir. Saya merupakan seorang pencinta motosikal dan antara hobi yang paling saya suka ialah membuat koleksi motosikal. Victory Jackpot adalah pilihan saya dan isteri kerana rekabentuknya yang unik dan menarik,” kata Dato’ Ed Sulaiman Ahmad, salah seorang pemilik Victory yang turut mempunyai beberapa buah mesin lain.

Majlis makan malam memberi peluang kepada bakal pemilik mendekati motosikal impian mereka.
Majlis makan malam memberi peluang kepada bakal pemilik mendekati motosikal impian mereka.

Tetamu disajikan dengan berbagai jenis makanan lazat seperti kambing bakar, mee goreng mamak, apam balik, otak-otak, sosej, putu buluh dan buah-buahan. Persembahan muzik daripada kumpulan Skyhigh juga menjadikan majlis makan malam itu lebih meriah. RR

Isu Pada

Januari 2014

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.