RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Mei 2023

Modenas Dominar D400 Adventure & Dominar D250 Diperkenalkan

Bersempena dengan Acara Malaysia Autoshow 2023 di MAEPS Selangor, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) telah melancarkan dua model baru iaitu Dominar D400 Adventure (versi naiktaraf) dan Dominar D250.

Modenas Dominar D400 merupakan sebuah jentera touring yang telah menerima kemaskini pertama pada tahun 2021 di mana model ini dinaiktarak dari segi sistem perkakasannya termasuklah dari segi peningkatan kuasa.

Dominar D400 Adventure
Dominar D400 Adventure

Untuk tahun 2023, EMOS telah melancarkan versi terkini Dominar D400 Adventure yang mematuhi emisi EURO4. Terdapat juga beberapa aksesori yang dipadankan pada jentera ini antaranya cermin penghadang angin lebih tinggi, pelindung tangan serba baru, pelindung kaki, pelindung enjin, penyandar belakang untuk penumpang dan tempat meletakkan telefon bersama pengecas USB.

Dari segi spesifikasi enjin masih sama, model ini menggunakan enjin 373cc, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang menawarkan kuasa maksimum 29.4kW dan tork 35Nm. Ciri-ciri lain yang ada pada Dominar ini adalah saspensi hadapan jenis terbalik 43mm, saspensi belakang jenis Nitrox, sistem ekzos berkembar, brek cakera 320mm (depan), brek cakera 230mm (belakang) dan sistem ABS dua saluran.

Modenas Dominar D400 Adventure boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Savanna Green dan Charcoal Black dengan harga jualan yang disyorkan RM15,797 (tanpan insurans & cukai jalan).

Dominar D250
Dominar D250

Selain model Dominar D400 Adventure ke dalam pasaran negara, EMOS juga turut memperkenalkan model Dominar yang lebih kecil iaitu Modenas Dominar D250.

Walapun nampak sama macam abangnya tetapi Dominar D250 ditawarkan dengan enjin yang lebih kecil di mana model ini dijana dengan enjin  silinder tunggal, 249cc, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model ini menghasilkan kuasa maksimum 19.9kW pada 8,500rpm dan tork 23.5Nm pada 6,500rpm. Enjin bertransmisi 6-kelajuan ini turut disempurnakan dengan sistem klac jenis Assist & Slipper.

Antara kelengkapan lain yang ada pada Dominar D250 adalah saspensu hadapan jenis terbalik 37mm, berat 180kg, tangki bahan api 13 liter, brek cakera 300mm (depan), brek cakera 230mm (belakang) serta sistem ABS dua saluran.

Walaupun kuasa enjinnya lebih rendah berbanding dengan Dominar D400, model touring 250cc ini menawarkan keupayaan dan keselesaan menunggang jarak jauh yang sama.

Modenas Dominar D250 ditawarkan pada harga RM13,797 (tanpa insurans & cukai jalan) dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Racing Red, Sparkling Black dan Citrus Rush. RR

Isu Pada

Jun 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.