RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 30 September 2023

Kove 321 F Cafe Dilancarkan

Nampak gaya jenama motosikal Kove makin agresif di dalam strategi mereka dan telah melancarkan banyak model motosikal yang kelihatan amat menarik. Yang terbaharu ialah Kove 321 F Cafe.

Kove merupakan anak syarikat Loncin. Loncin pula berusaha sama dengan BMW bagi membuat enjin-enjin untuk skuter siri "C" serta motosikal siri "F."

321 F Cafe ini berasaskan platform yang sama untuk model naked Cobra 321 R dan sportbike 321 RR. Platform ini menggunakan enjin dua silinder selari 321cc yang menghasilkan 41.5hp pada 10,500 RPM. Ia dapat memberikan kelajuan maksimum 170 km/j. Keberatan motosikal ialah 153kg dengan tangki penuh.

Casisnya nampak agak baik juga, dengan ciri fork depan jenis terbalik dan monoshok tunggal di belakang. Lengan ayun belakang merupakan jenis sebelah. Kedua-dua rim menggunakan lidi dan dipasang dengan tayar 110/70-R17 di depan dan 150/70-R17 di belakang.

Daripada segi elektronik pula, ia menggunakan skrin TFT dan ABS. Selain daripada itu, kesemua lampu merupakan LED.

Kove 321 F Cafe dijual di China pada harga CNY 24,300 (RM 15,663.85).

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.