RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 Mei 2024

Keeway Sixties 250 Secara Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Harga Asas RM13,888

Setelah sekian lamanya tanpa khabar berita, Keeway Malaysia kembali dengan memperkenalkan model skuter terbaru mereka iaitu Keeway Sixties 250. Skuter dengan gaya retro ini ditawarkan pada harga asas RM13,888 bersama tiga pilihan warna iaitu Matte Green, Matte Black dan Light Blue.

Skuter yang diilhamkan dari tahun 60-an ini amat sesuai untuk dibawa bersiar-siar di kawasan urban dengan menggunakan enjin bersesaran 244.3cc, SOHC, sistem suntikan bahan api dan silinder tunggal. Selain itu, enjin yang menggunakan pacuan akhir jenis tali sawat ini mempunyai kuasa maksimum 15.6kW pada 8,000rpm dan tork 21Nm pada 6,250rpm.

Rekabentuk Sixties 250 diperkemaskan dengan penggunaan lampu-lampu jenis LED. Ruang kokpitnya dilengkapi meter analog yang memaparkan tahap kelajuan. Manakala paparan LCD menunjukkan info-info seperti tahap bahan api, jarak perjalanan, masa dan suhu.

Antara kelengkapan lain seperti fork teleskopik, penyerap hentak berkembar, berat kering 146kg, tinggi pelana 780mm, tangki bahan api 10 liter, brek-brek jenis cakera, tayar hadapan & belakang bersaiz 120/70-12, cermin penghadang angin, ruang compartment, sistem ABS dan rim alloy aluminium. RR

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.