RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Februari 2018

YAMAHA MT-09 2018 Diperkenalkan

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) melangkah masuk ke tahun 2018 penuh bergaya dengan memperkenalkan model jalanan terulung, MT-09 yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri terbaru dan moden. Model CKD ini digelar ‘The Ultimate Street Fighter’ yang didapati menerusi rupabentuknya yang cukup garang dan agresif serta prestasi hebat.

“Kehadiran model terbaru MT-09 adalah satu lagi sejarah penting buat Yamaha dalam memberikan jentera terbaik dan keinginan gaya hidup terkini. Untuk prestasi lebih mantap, model baru ini juga dilengkapi dengan sistem Quick Shifter, Assist & Slipper Clutch, Traction Control, sistem brek ABS dan saspensi boleh laras,” kata Pengarah Urusan HLYM, Dato’ Jim Khor pada majlis pelancaran Yamaha MT-09.

MT-09 2018 dikemaskan dengan lampu hadapan dan belakang jenis LED, gaya keseluruhan yang dinamik serta prestasi enjin yang mengagumkan. Enjin 847cc ini menawarkan kuasa maksimum setinggi 115ps dan tork 87.5Nm yang sudah tentu memberi pecutan hebat dalam semua gear.

Menurut Dato’ Jim Khor, HLYM menyasarkan penjualan model ini antara 50-60 unit sebulan dan dengan rangkaian para pengedar di seluruh negara, diyakini model ini akan mendapat sambutan yang hangat oleh para pencinta motosikal. MT09 telah berada di pasaran bermula Februari ini dan diperkenalkan dengan dua pilihan warna iaitu Tech Black dan Night Fluo pada harga yang cukup menarik iaitu RM47,388 (termasuk GST).

Di majlis yang sama, HLYM turut mempertontonkan skuter maksi terbaru iaitu XMax 250. Walaupun tidak dikongsikan dengan sebarang spesifikasi termasuklah harganya, ‘adik’ kepada TMax ini memiliki rekabentuk yang cukup menarik dan menggiurkan. Lampu hadapan LED, ruang barang luas (boleh memuatkan dua buah topi keledar fullface, panel meter moden serta posisi menunggang yang selesa).

RR telah pun berkesempatan menunggang model XMax 300 di Taiwan pada tahun lepas dan sudah pun jatuh cinta dengan kestabilan dan pengendaliannya yang mantap. Menurut HLYM, model ini akan diperkenalkan secara rasmi pada bulan Mac nanti. Sabar dan tunggu ya! RR

Isu Pada

Februari 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.