RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Februari 2025

Honda Eropah Lancarkan GL1800 Gold Wing & Gold Wing Tour

Bersempena dengan ulang tahun ke-50 jentera kembara terulung yang dikenali dengan nama Gold Wing, Honda telah melancarkan model terbaru siri ini untuk pasaran global tahun 2025. Hadir dalam dua varian iaitu standard dan Tour.

Enjin dan casis Gold Wing merupakan kelahiran semula model tahun 2018, dengan memberi tumpuan kepada posisi tunggangan ke hadapan untuk menjadikan jentera ini lebih kompak. Model mewah ini disempurnakan dengan enjin 1,833cc, Euro 5, 6 silinder, 4 lejang, 24 injap, SOHC yang memiliki hantaran kuasa 93kW pada 5,500rpm dan tork 170Nm pada 4,500rpm.

Honda GL1800 Gold Wing Tour 'Bordeaux Red Metallic' & Gold Wing 'Mat Black'.
Honda GL1800 Gold Wing Tour 'Bordeaux Red Metallic' & Gold Wing 'Mat Black'.

Dengan adanya sistem Throttle By Wire (TBW), Honda menyediakan empat mod penunggang (TOUR, SPORT, ECON dan RAIN), sistem Dual Combined Brek System (D-CBS), Cruise Control, Tyre Pressure Control, Honda Selectable Torque Control (HSTC), Hill Start Assist (HSA) manakala sistem Idling Stop mempertingkatkan kecekapan bahan api.

Honda GL1800 Gold Wing Tour.
Honda GL1800 Gold Wing Tour.
Honda GL1800 Gold Wing.
Honda GL1800 Gold Wing.

Pergerakan Gold Wing dipacu oleh sistem DCT yang kini menampilkan tujuh kelajuan yang disesuaikan khusus untuk setiap mod tunggangan. Model ini juga didatangkan dengan sistem trasmisi 'Forward & Reverse' untuk memudahkan pergerakannya di kawasan yang terhad pada kelajuan 1.8km/j (ke hadapan) dan 1.2km/j (mengundur).

Honda GL1800 Gold Wing Tour.
Honda GL1800 Gold Wing Tour.

Honda GL1800 Gold Wing.
Honda GL1800 Gold Wing.

Pemiliknya akan menikmati tahap keselesaan, pengurusan haba cukup efisiendan dan yang paling penting iaitu pengurusan udara. Fairing menyalurkan aliran udara di sekeliling penunggang dan pembonceng, dengan berkesan memberikan kesegaran angin dari depan yang menyenangkan.

Bagi mereka yang suka menunggang ke destinasi tanah tinggi atau para pemilik di negara sejuk, Gold Wing baru ini juga hadir dengan pemanas pendikit dan pelana yang boleh disetkan menerusi suis yang berada di bahagian tangki.

Honda GL1800 Gond Wing Tour.
Honda GL1800 Gond Wing Tour.

Ruang kokpit memang sangat mewah. Semuanya berwarna cantik dan sesuai dengan konsepnya. Panel meter TFT 7-inci memapar segala informasi, data dan talaan dengan jelas dan tersusun rapi. Menerusi panel meter ini juga penunggang boleh mengakses sistem navigasi, kalendar, sistem audio dan panggil keluar/masuk telefon pintar. Peningkatan terhadap sistem audio juga dilakukan pada model baru ini khususnya ketika dalam kelajuan tinggi.

Honda GL1800 Gold Wing.
Honda GL1800 Gold Wing.
Honda GL1800 Gold Wing Tour.
Honda GL1800 Gold Wing Tour.

Memecut laju di atas lebuhraya sememangnya nikmat untuk setiap penunggang dan pembonceng Honda Gold Wing. Cermin pengadang anginnya kini lebih canggih. Kali ini bukan sahaja ketinggiannya dapat dilaraskan tetapi termasuk sudut kecondongannya juga. Saiz cermin pengadang angin untuk varian Tour lebih besar/tinggi berbanding Gold Wing standard.

Dari segi pencahayaan, pihak Honda sentiasa memastikan lampu utamanya jenis LED memberikan suluhan terang dan jelas tidak kira siang atau malam. Ini adalah untuk memudah kehadiran jentera ini dapat dilihat oleh kenderaan di hadapan pada bila-bila masa.

Honda GL1800 Gold Wing Tour.
Honda GL1800 Gold Wing Tour.
Honda GL1800 Gold Wing.
Honda GL1800 Gold Wing.

Tayar hadapan bersaiz 130/70 R18 63H manakala di belakang bersaiz 200/55 R16 M/C 77H yang didatangkan dengan brek cakera 320mm (depan), cakera 316 (belakang) berserta sistem 'The Dual Combined Brake System' (D-CBS) dan ABS terbaru. Tangki Gold Wing ini bersaiz 21 liter yang dikatakan menawarkan penjimatan petrol sekitar 5.4 liter/100km.

Antara perbezaan di antara Gold Wong standard dan versi Tour ialah cermin pengadang angin, lampu 'fog', airbag, ruang barangan, sistem atau dan pelana pembonceng lebih selesa.

Untuk model Gold Wing, hanya 1 warna di tawarkan iaitu Mat Black manakala varian Tour pula hadir dalam warna seperti Bordeaux Red Metallic dan Digital Silver Metallic. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.