RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Oktober 2025

Cruiser Terbaru Dari WMOTO iaitu Bobbie 450s - RM19,888

Selain model Nexy+ 180, WMOTO Malaysia juga turut memerkenalkan model terbaru untuk segmen cruiser iaitu Bobbie 450s untuk pasaran negara. Walaupun tampil dengan teknologi moden, rekabentuk pada model ini tetap mengekalkan gaya klasik yang boleh kita lihat di beberapa bahagian. 

Bobbie 450s menggunakan enjin 449cc dua silinder, DOHC dengan sistem penyejuk cecair, mampu menghasilkan kuasa 37kW (50.3hp) pada 9,500rpm dan tork 39Nm pada 7,600rpm. Selain itu kuasa yang disalurkan melalui transmisi 6-kelajuan dengan sistem pacuan akhir jenis rantai memastikan kawalan jentera lebih optimum.

Dari segi suspensi, model ini didatangkan fork teleskopik di bahagian hadapan dan belakang menggunakan sistem penyerap hentak berkembar boleh laras. Kombinasi kedua-dua suspensi ini menawarkan kestabilan dan keselesan dalam pelbagai jenis keadaan jalan. Sistem brek hadapan pula menggunakan cakera tunggal 320mm dan belakang 256mm, lengkap dengan sistem ABS dua saluran untuk keselmatan yang maksimum.

Bobbie 450s mengekalkan elemen klasik menerusi rim hadapan dan belakang jenis jejari. Panjang jentera 2,240m, lebar pula 820mm dan tinggi keseluruhan 1,065mm.

Ciri-ciri lain yang ada seperti lampu-lampu LED bersama lampu DRL, paparan meter digital penuh, soket pengecas USB Type-A, tuas brek boleh laras, brek parking, tinggi pelana 650mm, berat kering 190.5kg, tangki bahan api 15 liter, dan sistem ekzos berkembar.

WMOTO Bobbie 450s ditawarkan pada harga asas RM19,888 (tanpa cukai jalan, dan insurans) dengan tiga pilihan warna iaitu Gulf Custom, Ground Sand Ash dan Matte Black. Dengan pembelian jentera ini, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti jarak perjalanan tanpa had untuk dua tahun serta perkhidamatan pembeliuan alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.