RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 Januari 2016

Boon Siew Honda Lancarkan WAVE ALPHA 110

Boon Siew Honda Sdn Bhd telah melancarkan model terbaru, Wave Alpha pada 17 November lalu dengan menawarkan rekabentuk yang lebih segar dan moden. Model ini juga menjanjikan tahap prestasi enjin yang lancar serta penjimatan bahan api paling optimum. Wave Alpha baru ini merupakan sebuah model yang telah melalui proses penambahbaikan dan semakan semula model Wave 110 yang sudah tidak asing lagi buat pengguna motosikal di Malaysia.

Dari kiri: En. Hiroaki Funami, En. Masami Masuyama, En. Koji Onishi, Dato’ Sri Tan Hui Jing, En. Tatsuya Minagawa dan En. Hiraku Tsukamoto melancarkan Wave Alpha baru.
Dari kiri: En. Hiroaki Funami, En. Masami Masuyama, En. Koji Onishi, Dato’ Sri Tan Hui Jing, En. Tatsuya Minagawa dan En. Hiraku Tsukamoto melancarkan Wave Alpha baru.

“Siri Wave sememangnya cukup popular di kalangan pengguna di Malaysia disebabkan prestasinya yang mantap, mampu milik, bergaya dan berkualiti tinggi. Kami percaya, Wave Alpha serba baru ini bakal menawan hati para penunggang motosikal berasaskan rekabentuk baru dan prestasi keseluruhannya,” kata En. Koji Onishi, Pengarah Urusan dan CEO Boon Siew Honda ketika melancarkan model baru ini.

Wave Alpha dilengkapi dengan enjin empat lejang OHC yang memberikan kuasa maksimum 8.31hp (6.20kW) pada 7,500rpm dan tork 8.59Nm pada 5,500rpm. Menurut pihak Honda, Wave mampu bergerak selaju 91km/j disamping memberikan penjimatan optimum sekitar 51.8 km/l. Untuk disesuaikan dengan penggunaan urban, model ini turut dilengkapi dengan ruang u-box yang boleh menyimpan barangan bersaiz sederhana dengan mudah. Dengan pakej menarik yang ditawarkan, pihak Boon Siew Honda menyasarkan penjualan model ini sebanyak 2,000 setiap bulan.

Wave Alpha didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Pearl Magellanic Black, Vivacity Red dan Pearl Metalloid White yang berharga RM3,899 (model brek gelendong dan rim berjejari) dan RM4,556.94 (model brek cakera dan rim tetuang). Setiap pembelian turut ditawarkan waranti kilang selama dua tahun atau 20,000 km (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Januari 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.