RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 Januari 2017

KTNS GP250 Classic Mesin Klasik Penuh gaya

Segmen jentera retro dan klasik ternyata semakin popular di kalangan pengguna motosikal di seluruh dunia. Untuk berdaya saing di pasaran negara, KTNS Holdings Sdn Bhd telah memperkenalkan GP250 Classic iaitu sebuah model terbaru yang menawarkan rekabentuk klasik lebih anggun.

Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan ialah panel meter klasik (berbentuk bulat), lampu belakang jenis LED, pelana tunggal café racer dan cermin pengadang angin yang bergaya. GP250 Classic ini dilengkapi dengan enjin 4 lejang, satu silinder yang menjanakan kuasa setinggi 15.4kW pada 7,500rpm dan tork maksimum 19.5Nm pada 6,000rpm.

Menurut pihak KTNS Holdings Sdn Bhd, model ini disasarkan untuk pencinta motosikal berumur di antara 30 tahun dan ke atas. Model ini ditawarkan pada harga RM11,600 (tidak termasuk GST, cukai jalan dan insurans) dengan jaminan waranti selama setahun atau 10,000 kilometer (yang mana terdahulu).

KTNS Holdings Sdn Bhd turut akan memperkenalkan model-model lain yang lebih hebat untuk memenuhi segmen sport, adventure, klasik dan fun bikes. Visi mereka ialah untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna memiliki motosikal yang tahan lasak dan mampu milik. RR

Isu Pada

Januari 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.