RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 15 Oktober 2021

Perkasakan Jentera Anda Dengan Castrol POWER1 ULTIMATE

Castrol, salah satu syarikat pelincir terkemuka di Malaysia telah melancarkan rangkaian terbaru minyak enjin sintetik sepenuhnya iaitu Castrol POWER1 ULTIMATE yang disempurnakan dengan formula 5-dalam-1 yang merupakan ramuan terbaik jentera dua roda.

Sebagai 'ahli keluarga' terbaru, Castrol POWER1 ULTIMATE direka untuk memberikan pecutan dan prestasi yang mantap untuk jentera dan para penunggang yang penuh bersemangat.

Rangkaian pelincir baru ini menawarkan tahap fleksibiliti unik dalam kelikatan yang berbeza seperti contoh, Castrol POWER1 ULTIMATE 5W-40 yang sesuai untuk skuter, 5W-40 untuk motosikal dan 10W-50 pula yang direka khas untuk motosikal berkuasa tinggi.

"Tujuan utama kami adalah untuk memantapkan lagi pengalaman menunggang buat para pencinta motosikal, lebih keyakinan dan pastinya tahap pecutan. Pengenalan kepada pelincir serba baru ini bukan sahaja membuktikan kemampuan Castrol untuk menyumbang kepada penghantaran tenaga lebih efisien tetapi juga mengekalkan reputasi jenama ini demi kelancaran pergerakan 'jantung' motosikal anda,” kata En. Keow Mei-shan, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura.

Rangkaian baru ini telah menjalani ujian yang ketat ketika ia dibangunkan. Demi memastikan ia berada di tahap tertinggi, pelincir ini diuji dalam keadaan ekstrim pada parameter yang berbeza.

Formula 5-dalam-1 Castrol POWER1 ULTIMATE menjanjikan prestasi cemerlang dalam lima kunci utama iaitu:

  • Pecutan yang mengagumkan - terbukti telah melebihi prestasi pelincir motosikal dan skuter utama lain yang diuji pada enjin jentera Honda CBR300 dan Honda ANC125.
  • Perlindungan yang lebih baik - memberikan perlindungan 50% lebih baik berbanding had industri untuk motosikal dan skuter.
  • Tunggangan yang lancar - membolehkan perjalanan yang lancar dalam pelbagai kelajuan. Memastikan sistem klac berfungsi dengan lancar tanpa sebarang kegelinciran.
  • Memastikan enjin kekal sejuk - walaupun dalam ujian jarak ektrim sejauh 12,000km telah menunjukkan prestasi pengawalan suhu yang cemerlang.
  • Prestasi Endurace (Tahan Lasak) – berjaya mengekalkan 95% prestasi asalnya dalam ujian ketahanan durabiliti di litar lumba sejauh 48,000km, dengan menunjukkan kemampuan yang berkekalan.

Rangkaian Catrol POWER1 Ultimate akan dijual/tersedia di Castrol Bike Point dan Kedai Rasmi Castrol di Shoppee (http://www.shopee.com.my/castrol.os) dalam botol satu liter pada harga pengenalan:

  • Castrol POWER1 ULTIMATE 5W-40T RM55.00 (Tersedia)
  • Castrol POWER1 ULTIMATE 10W-40T RM55.00 (Tersedia)
  • Castrol POWER1 ULTIMATE 5W-40T 4-AT RM55.00 (suku pertama 2022)
  • Castrol POWER1 ULTIMATE 10W-50 4T RM60.50 (Tersedia)
  • Castrol POWER1 ULTIMATE 15W-50T 4T RM60.50 (suku pertama 2022)

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai rangkaian pelincir Castrol, layari: http://www.facebook.com/castrolmalaysia/ atau http://www.castrol.com/en_my/malaysia/home.html RR

Isu Pada

November 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.