RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 10 Julai 2015

GIVI Perkenal Produk Baru Di Melaka

GIVI Asia Sdn Bhd telah memperkenalkan dua buah produk terbarunya dalam keluarga kotak barang atau top case iaitu Maxia 4 V56 dan V40 Monokey System. Kedua-dua model ini merupakan hasil daripada pengamalan GIVI dalam menawarkan kehendak dan keperluan para penunggang motosikal lebih daripada 20 tahun.

GIVI telah membuktikan keupayaan setiap unit produk yang dihasilkan termasuk kotak barangnya yang bukan sahaja mempunyai rekabentuk menarik tetapi juga berkualiti tinggi dan mampu milik. Daya tahan inilah menyebabkan produk ini dipilih untuk pengembaraan dan kegunaan harian. Majlis pelancaran kedua-dua produk ini telah disempurnakan oleh En. Joseph Perucca (Pengurus Operasi Luar Negara GIVI) dan En. Kon Kok Pin (Pemilik Zong Heng Motors) di pusat pameran GIVI Point terbaru terletak di Zong Heng Motors bertempat di Jalan Bukit Baru, Melaka.

Kotak GIVI model Maxia 4 V56 merupakan versi keempat dalam ‘keluarga’ Monokey MAXIA yang kini didatangkan dengan pelindung ABS (Acrylonitrile Butadiene Styrene) rekaan terbaru. Bahagian dalamannya diperkuatkan manakala bahagian outer band lama kini telah ditukar kepada yang lebih berkualiti. Pelindung luaran boleh didapati dalam plastik dan aluminium. Kotak barang yang bersaiz 56 liter ini juga dilengkapi dengan reflektor baru yang direka lebih kemas.

Manakala kotak GIVI model V40 pula menjanjikan kegunaan yang mudah. Hanya satu kunci diperlukan untuk membuka/menanggalkan kotak ini daripada motosikal. Kotak barang ini mampu menampung bebanan seberat 10kg dengan keluasan 40 liter. RR

Isu Pada

Julai 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.