RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 31 Mei 2023

Kenapakah Terdapat Helmet yang ada dan tidak ada Cop SIRIM?

Kami tahu yang anda sudah tentunya menyedari bahawa helmet yang dijual dan dipakai di Malaysia diperlukan untuk memenuhi syarat-syarat sesuatu piawaian. Malangnya terdapat banyak kekeliruan kenapakah ada helmet yang menggunakan label SIRIM manakala ada juga tidak mempunyai label SIRIM. Bukan sahaja pengguna menjadi keliru, malah ada di antara pihak berkuasa yang juga menjadi keliru!

Kita perkenalkan SIRIM Berhad dengan ringkas terlebih dahulu. Nama itu sebenarnya singkatan bagi Standard of Industrial Research Institute Malaysia (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia). Ia merupakan sebuah syarikat di bawah naungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Ditubuhkan pada 1964, ia ditugaskan untuk membangunkan dan melaksanaan piawaian-piawaian bagi sektor perindustrian yang sedang berkembang pesat pada masa itu. Oleh itu, SIRIM akan menguji dan memberikan sijil untuk barangan yang dibuat di Malaysia, serta beberapa jenis barangan yang lain yang diimpot.

Label keselamatan SIRIM mula diperkenalkan pada 1980 untuk barangan perlindungan dan keselamatan seperti topi keledar motosikal, tali pinggang kereta, serta peralatan lampu.

Pada masa kini, SIRIM masih merupakan organisasi yang menguji dan memberikan sijil kepada topi keledar yang diperbuat di Malaysia, mengikut piawaian MS1:2011.

Kesatuan Eropah juga mempunyai rang piawaian yang digunakan di kalangan negara ahli. Piawaian-piawaian ini merangkumi jenis produk yang amat luas termasuklah peralatan di rumah, peralatan pembuatan, sehinggalah kepada pakaian keselamatan untuk pekerjaan serta sukan bermotor.

Piawaian untuk topi keledar ialah ECE R22.XX. Di mana R22 merupakan set piawaiwan untuk topi keledar motosikal, manakala “XX” merupakan nombor semakan. Yang terbaharu ialah ECE R22.06 yang telah dicapai oleh helmet GIVI M35.0 Scudo.

Piawaian ini turut diikhtiraf oleh Bangsa-bangsa Bersatu sebagai piawaian topi keledar sejagat. Oleh itu, ia juga digunakan di 64 negara, termasuk Malaysia. Sebab ini juga kenapa anda boleh melihat helmet yang mempunyai label UN R22.XX.

Helmet yang dibuat diluar negara dan diimpot ke Malaysia mestilah mempunyai kelulusan ECE R22.XX (UN R22.XX). Pihak pengimpot akan memohon kebenaran daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengimpot sesuatu model topi keledar. Kebenaran ini kemudiannya difailkan dengan pihak Kastam Diraja Malaysia. Helmet yang diimpot tanpa kebenaran sah ini boleh dirampas oleh pihak berkuasa.

Cara paling senang untuk mengingati kriteria ini ialah:

  • Helmet yang dibuat di Malaysia diwajibkan untuk mendapatkan kelulusan SIRIM.
  • Helmet yang diimpot pula perlu disahkan telah lulus piawaian ECE R22.XX, dan tidak diwajibkan untuk mendapatkan kelulusan SIRIM. Tetapi, pembuat atau pengimpot boleh menghantar helmet ke SIRIM bagi mendapatkan sijil SIRIM sebagai tambahan.

Malaysia tidak memperakui piawaian DOT FMVSS No. 218 yang digunakan di Amerika Syarikat, kecuali jika sesuatu topi keledar itu turut mendapat kelulusan ECE R22.XX.

Ini ialah kerana DOT (Jabatan Pengangkutan US)  tidak memerlukan sesuatu topi keledar diuji ketika peringkat awal. Sebaliknya, mereka hanya memberikan suatu garis panduan kepada pembuat topi keledar untuk diikuti. Ujian hanya akan dijalankan ke atas produk yang telah siap dibuat dan dijual di pasaran oleh beberapa makmal ujian bebas yang dikontrak oleh DOT.

Sebagai perbandingan, ECE mewajibkan topi keledar diuji daripada tahap prototaip, pra-produksi, ketika produksi, dan sebelum dijual kepada khayalak ramai!

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.