RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 29 November 2023

Kaliper Brek Brembo GP4-MotoGP Diperkenalkan

Brembo merupakan nama yang paling disegani di dalam industri pembuatan sistem brek, tidak kira bagi motosikal mahupun kereta, mereka memperkenalkan kaliper brek Brembo GP4-Motogp yang terbaharu.

Syarikat daripada Itali itu berkata, kaliper brek ini terdapat beberapa ciri yang dipelajari daripada penglibatan mereka di dalam dunia MotoGP. Antara, pemegang pad brek yang berbentuk serong yang dikatakan dapat meningkatkan kuasa brek tanpa memerlukan daya tarikan tuil yang kuat. Ia juga dapat mengembalikan pad brek ke kedudukan asal dengan lebih mudah apabila tuil dilepaskan agar pad tidak bergesel dengan cakera brek serta pad dapat tahan lebih lama.

Penekanan juga diberikan kepada aspek penyejukan kerana brek yang terlalu panas akan hilang kuasanya. Oleh itu, Brembo turut menggunakan sirip-sirip di bahagian luar kaliper bagi tujuan penyejukan. Ciri ini turut memberikan gaya yang amat luar biasa bagi mana-mana motosikal yang menggunakannya.

Kaliper ini merupakan jenis monobloc, iaitu ia dimesin daripada bongkah aluminium (bukan dituang atau diacuan) demi kekukuhan yang optimum, berbanding dengan kaliper yang disambung beberapa bahagian. Justeru ia memberikan stability dan kepekaan membrek yang lebih baik kepada penunggang.

Keempat-empat pistonnya juga dibuat daripada aluminium dan dipasang dengan cara agar mereka tidak tersasar daripada landasan apabila membrek dengan ekstrim. Akhir sekali, kaliper Brembo GP4-MotoGP ini disalut dengan nikel untuk kemasan kilat.

Ingin pasang? Pastikan ia dipasang sekali dengan locking bolt.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.