RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Jun 2021

Ammeer Dhiyaulhaq Raih 9A SPM 2020

Pelumba muda negara, Ammeer Dhiyaulhaq telah meraih keputusan cukup cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020. Pelumba yang bersaing dalam perlumbaan cub prix tanahair itu memperoleh keputusan 9A dan merupakan pelajar cemerlang peringkat negeri Perak Darul Ridzuan.

Ammeer merupakan pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) mengambil jurusan Sains Tulen menyatakan cukup gembira dengan keputusan yang diperoleh. “Saya amat bersyukur setelah usaha dan hasil kerja keras membuahkan hasil yang lumayan. Berbaloilah segala latihan yang saya buat untuk dapatkan keputusan yang cemerlang ini. Saya berterima kasih buat ibu bapa yang memberikan sokongan moral tanpa henti, menyediakan segala kemudahan dan mendoakan kejayaan saya. Tidak lupa juga buat guru-guru di sekolah yang mencurahkan ilmu tanpa lelah” kata Ammeer.

Bercerita tentang sesi pembelajarannya ketika PKP, Ammeer mengatakan dia akan sentiasa menyiapkan segala latihan yang diberikan oleh guru-gurunya dalam masa yang ditetapkan. Ammeer juga akan menghadiri kelas-kelas online melalui aplikasi Google Meet dan jika ada sebarang kemusykilan, saya akan terus menghubungi guru berkenaan untuk dapatkan penerangan yang lengkap.

Ammeer 'kanan sekali' beriadah bersama keluarga.
Ammeer 'kanan sekali' beriadah bersama keluarga.

“Saya ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang pengurusan perniagaan dan pada masa yang sama akan menceburi bidang pelaburan,” tambah Ammeer.

Ammeer '22' ketika bersaing dalam Cabaran NVX155 pada 2019.
Ammeer '22' ketika bersaing dalam Cabaran NVX155 pada 2019.

Pelumba yang berasal dari Kuala Lumpur ini berlumba dalam saingan Yamaha Petronas Super Series dan pencapaian terbaiknya ialah pada perlumbaan pusingan ketiga yang berlangsung di Litar Tangkak pada tahun 2020. Ammeer kini menduduki tangga ke-6 keseluruhan dengan 22 mata dan menyasarkan untuk berada di antara tiga pelumba terbaik untuk musim 2021.

Berikutkan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 Jun 2021, jadual perlumbaan cub prix telah ditunda pada tarikh yang akan ditetapkan kelak. RR

Isu Pada

Julai 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.