RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Januari 2022

Pemilik Yamaha Boleh Menebus Baucar Diskaun Sehingga RM1,000 di Pusat Servis Terpilih

Selaras dengan inisiatif kerajaan dalam membantu mangsa banjir, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bersama-sama wakil pengedar sah Yamaha turut mengambil bahagian dalam "Perlaksanaan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia" bagi meringankan mangsa-mangsa banjir yang terjejas. Baucar tersebut sah sehingga 31 Mac 2022 seperti yang diumumkan kerajaan tempoh hari.

Program ini menawarkan diskaun sebanyak 25% bagi kerja baik pulih serta Baucar Diskaun Automotif sebanyak RM1,000 yang disediakan oleh pihak kerajaan. Namun, tuntutan hanya untuk membaiki motosikal milik persendirian yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri. Para pemilik motosikal Yamaha yang terjejas boleh menikmati penebusan baucar dan potongan diskaun di Pengedar dan Pusat Servis Yamaha yang berdekatan. Sila rujuk di sini: https://www.yamaha-motor.com.my/find-dealer/

Baucar ini juga boleh digunakan sebagai pembayaran pendahuluan atau sebahagian bayaran untuk gantian motosikal baharu jika motosikal pemilik yang terjejas mengalami kerosakan keseluruhan akibat banjir. Semua tuntuntan tertakluk dengan terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

Sebarang pertanyaan berkaitan inisiatif ini, pemilik motosikal Yamaha yang terjejas boleh menghubungi khidmat pelanggan Hong Leong Yamaha Motor di talian 03-6157 7011 atau layari https://www.yamaha-motor.com.my/feedback/ RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.