RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Januari 2023

Pengurangan Kesalahan di kalangan Penunggang Motosikal ketika Ops Khas

Terdapat pengurangan kesalahan trafik yang melibatkan penunggang motosikal sepanjang penguatkuasaan Op Khas Motosikal sempena cuti Tahun Baru Cina tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu.

Berita ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail yang berkata terdapat penurunan yang besar melibatkan kesalahan tiada lesen memandu dan lesen kenderaan motor tamat tempoh.

Beliau berkata sepanjang empat hari operasi, sebanyak 236 saman dikeluarkan membabitkan kesalahan tiada lesen memandu berbanding 1,130 dalam tempoh sama tahun lepas. Selain itu, 251 saman dikeluarkan kerana lesen kenderaan motor (roadtax) tamat tempoh berbanding 1,214 pada tahun lalu.

"Penurunan ini menunjukkan penunggang motosikal di Kuala Lumpur telah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap undang-undang jalan raya dan ia layak dipuji," katanya dalam sidang media selepas meninjau Op Khas Motosikal di Plaza Tol Sungai Besi di sini malam ini.

Mengulas mengenai operasi malam ini, Mohd Zaki berkata pihaknya mengeluarkan 164 saman atas pelbagai kesalahan serta masing-masing empat notis melibatkan sitaan, arah periksa dan larangan penggunaan kenderaan.

"Operasi malam ini melibatkan anggota JPJ Kuala Lumpur bersama Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Imigresen melibatkan jumlah keseluruhan 93 anggota," katanya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.