RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Februari 2014

KTM 200 Duke Tanpa ABS, Lebih Mampu Milik

KTM 200 Duke ternyata antara mesin supermotard yang popular di negara kita dan antara faktor penting mengapa ia terus diminati hingga kini ialah kuasa enjinnya yang mantap, keselesaan menunggang serta rekabentuk yang mempunyai gaya kombinasi street bike, supermotard dan naked.

Dengan peningkatan kos sara hidup, bahan api dan banyak lagi bebanan, KTM Malaysia telah memperkenalkan variasi terbaru mesin 200 Duke yang tidak dilengkapi dengan ‘Anti Brake Lock System’ atau ABS.

“Ini adalah unit option atau pilihan baru khusus buat peminat KTM. Mesin tanpa ABS lebih menepati citarasa pengguna KTM berjiwa ‘racer’ yang mahukan tunggangan lebih agresif. Walaupun begitu, model baru ini masih terus dilengkapkan dengan sistem brek jenis cakera di bahagian hadapan dan belakang. Model tanpa ABS juga ditawarkan pada harga yang sungguh menjimatkan iaitu RM15,888 (harga asas),” kata En. Muhammad Zamry Abd Samah, Pengurus Besar Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd.

Majlis pelancaran pada malam itu juga diserikan lagi dengan kehadiran Yang Amat Mulia Dato' Seri Syed Badlishah Ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail, Pengerusi KTM MotoNation Manufacturer sambil ditemani oleh Dato Chia Beng Tat (CEO KTM MotoNation Manufacturer).

Turut diselitkan dalam aturcara majlis tersebut ialah sessi penghargaan bersama media permotoran. Hadiah-hadiah yang ditawarkan dalam acara cabutan bertuah seperti baju-t, dompet dan topi keledar penuh muka KTM. Makan malam itu juga diserikan lagi dengan nyanyian karaoke. RR

Isu Pada

Februari 2014

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.