RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 November 2023

Pelajar Parah Dirempuh Lori

JASIN: Seorang pelajar Tingkatan Tiga parah selepas motosikal ditunggangnya dilanggar lori ketika melalui persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Parit Putat, Sungai Rambai di sini.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata Muhammad Iqram Rosli, 15, dilapor patah tangan dan cedera parah di badan akibat kejadian tersebut yang berlaku kira-kira jam 2.50 petang itu.

Foto: Saluran Telegram - Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia
Foto: Saluran Telegram - Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia

"Siasatan awal mendapati lori berkenaan dari arah Muar menghala ke Jasin. Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat AMJ Parit Putat, pemandunya meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat hijau.

"Bagaimanapun, sebuah motosikal Honda Wave dari arah jalan kiri pekan Sungai Rambai didakwa keluar dari simpang dan dirempuh lori kerana pemandunya tidak sempat membrek dan mengelak.

Foto: Saluran Telegram - Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia
Foto: Saluran Telegram - Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia

"Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal yang juga pelajar sebuah sekolah menengah patah tangan dan cedera parah di badan manakala pemandu lori tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Ahmad Jamil berkata, mangsa dibawa oleh ambulans ke Hospital Muar dan dirawat di zon merah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


 

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.