RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Mac 2024

Ducati Umum Peningkatan Jualan Lebih 1 Billion Euro

Ducati mengumumkan keputusan kewangan tahun 2023 yang cukup mengagumkan, mencatatkan hasil penjualan sebanyak €1,089 juta, berbanding dengan sekitar £930 juta, pada tahun 2023. Nilai keuntungan itu bernilai 112 juta euro atau mencapai 10.5% . Keputusan cemerlang yang dicatatkan itu adalah yang terbaik untuk Ducati walaupun persaingan di peringkat global semakin meningkat.

Nilai keuntungan tersebut memang cukup mengagumkan, memandangkan Ducati mendakwa bahawa penjualan motosikal baru untuk tahun 2023 lebih berbanding 2022, dengan jumlah 58,224 unit pada tahun lepas berbanding lebih 60,000 unit pada 2022.

Ducati Diavel V4 for Bentley.
Ducati Diavel V4 for Bentley.

Walaupun diuji dengan saingan pemasaran motosikal di peringkat global termasuk di pasaran China, hasil jualan seluruh dunia Ducati tahun lalu mencecah sebanyak 58,224 unit motosikal. Angka ini melebihi satu bilion euro untuk tahun kedua berturut-turut.

Replika Panigale V4 Bagnaia 2023 World Champion.
Replika Panigale V4 Bagnaia 2023 World Champion.

Untuk 2024, Ducati turut mengeluarkan tujuh model baru yang terdiri daripada model canggih, berteknologi dan rekabentuk tersendiri. Antaranya Hypermotard 698 Mono, DesertX Rally, Ducati Diavel for Bentley, Multistrada V4 RS, RS V4 Grant Tour, Panigale V4 SP2 30th Anniversario 916 dan Monster 30th Anniversario.

Akhir sekali, khas untuk Ducatista iaitu lima Panigale replika koleksi yang ni merupakan inspirasi daripada jentera Juara dalam kejuaraan MotoGP, WorldSBK dan WorldSSP. Siri edisi terhad ini bukan sahaja ditawarkan dengan komponen khusus tetapi juga lengkap dengan autograf tulen daripada pelumba pada tangki yang kemudiannya dilindungi dengan lapisan varnis lutsinar. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.