RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 6 September 2024

Ayah & Anak Cedera, Motosikal Terbabas Masuk Longkang Dalam

Seorang lelaki bersama dua anaknya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang yang sedalam 3 meter. Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Subang Bestari berdekatan Pejabat Tanah Petaling, petang kelmarin.

Penolong Pengarah Operasi Penguasa Kanan Bomba, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 6.44 petang. Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah dikerahkan ke lokasi kejadian.



“Bomba tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Modenas. Pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 47 tahun mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang."

“Sementara anak lelaki berusia sembilan tahun mengalami patah tangan kanan dan anak lelaki berusia empat tahun cedera ringan serta dalam keadaan trauma,” katanya ketika dihubungi pihak wartawan dari UtusanTV.

Jelasnya, kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulans bagi tindakan lanjut. RR

sumber: UtusanTV

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.