RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Disember 2024

Polis Tahan Geng Awey & Geng Alep, Terbabit Kes Curi Motosikal

Kuala Lumpur - Polis menahan tujuh suspek yang merupakan Geng Awey dan Geng Alep yang terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan di sekitar Lembah Klang menerusi Ops Lejang.

Pada 6hb Disember yang lalu, pihak polis telah membuat tiga serbuan di sekitar Lembah Klang. Hasil operasi tersebut, pihaknya berjaya menahan lima orang suspek berumur 31 hingga 43 tahun dengan mempunyai pelbagai rekod jenayah yang dikenali sebagai geng Awey.

Hasil siasatan, suspek yang ditahan mengaku terbabit dalam 21 kes kecurian kenderaan dengan pecahan 19 kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, satu di IPD Sentul dan satu lagi di IPD Cheras.

Siasatn yang dilakukan terhadap kelima-lima suspek membawa dengan penemuan tujuh rangka motosikal, dua komponen motosikal, dua rim, fork hadapan serta tempat pemijak kaki pembonceng yang dibuang ke dalam sungai. Hasil pencarian barang kes turut dibantu oleh pihak Bomba.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim, pihaknya turut membuat operasi kedua dengan menahan dua orang lelaki berusia sekitar 17 dan 20 tahun yang dikenali sebagai geng Alep pada 17hb Disember lalu. Seorang suspek mengaku terlibat dalam kes kecurian tujuh kenderaan manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Menerusi hasil soal siasat, pihak polis berjaya merampas sebuah motosikal Yamaha 135LC, spanar dan pemutar skru di mana geng ini aktif di sekitar Wangsa Maju, Sentul dan Cheras.

"Terdapat empat kertas siasatan yang dibuka iaitu dua di IPD Wangsa Maju, satu di IPD Sentul dan satu di IPD Cheras. Kami berjaya menyelesaikan 20 kes kecurian di daerah ini dengan nilai kerugian dianggarkan RM128,000," kata Mohamad Lazim.

Kedua-dua geng ini telah mencuri motosikal yang berkunci dengan merosakkan pemegang motosikal sebelum menundanya ke bengkel haram untuk dileraikan dan dijual di media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955. RR

Sumber berita: http://hmetro.com.my

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.