RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Oktober 2025

Chear Motorrad Lancar Bilik Pameran Baharu di Shah Alam

Chear Motorrad, rakan pengedar BMW Motorrad di Malaysia secara rasminya memindahkan operasinya ke lokasi baharu iaitu Shah Alam, Selangor. Langkah ini turut menandakan Pengalaman Penjualan Baharu BMW Motorrad yang pertama di negara ini. 

“Janji kami di BMW Motorrad adalah memastikan setiap perjalanan penunggang menjadi mudah, mengujakan dan premium — bukan hanya melalui motosikal berkuasa tinggi, tetapi juga pengalaman pelanggan di setiap titik interaksi. Bilik pameran baharu Chear Motorrad di Shah Alam mencerminkan visi ini, dengan menawarkan ruang dinamik yang memperkukuh komuniti penunggang. Sejak 2011, Chear Motorrad telah memainkan peranan penting dalam rangkaian kami, dan kami teruja melihat pertumbuhan mereka membawa jenama ini lebih dekat kepada pelanggan di Lembah Klang," kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, En. Benjamin Nagel.

“Selama lebih sedekad, kami beroperasi berasaskan kepercayaan pelanggan. Pelancaran ini amat bermakna kerana ia memperkenalkan konsep penjualan baharu BMW Motorrad yang pertama di Malaysia. Ia melambangkan komitmen kami untuk terus memberikan pengalaman terbaik kepada komuniti penunggang. Dengan pasukan yang lebih kukuh dan fokus baharu terhadap penjagaan pelanggan, kami bersedia membawa semangat Make Life a Ride ke tahap seterusny," kata Pengarah Urusan Chear Motor Group, Dato’ Chear Kin Keong.

Chear Motorrad Shah Alam terletak di No. 33 & 35, Jalan 15/23, Taman Perindustrian Tiong Nam bagi menggantikan lokasi asal di Puchong. Ruang pameran yang memiliki luas 540 meter persegir direka sebagai hab interaktif untuk peminat BMW Motorrad, ia menampilkan ruang kontemporari berinspirasikan gaya hidup dan prestasi jenama tersebut.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk kaunter servis baharu, bar kopi, serta pusat servis moden dengan 10 ruang kerja bagi penyelenggaraan yang lebih efisien. Dengan kekuatan sekitar 40 kakitangan merangkumi jualan, servis, pemasaran dan sokongan, Chear Motorrad Shah Alam menawarkan perkhidmatan lengkap 3S – Sales, Service & Spare Parts di bawah satu bumbung.

Chear Motorrad beroperasi Isnin hingga Sabtu, dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.bmw-motorrad.com.my/chearmotorrad-puchong/en/home.html. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.