RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 Mac 2026

Mforce Perkenal Konsep Baharu “Skuchai”, Gabung Skuter & Moped

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan pembangunan sebuah model motosikal baharu 200cc bertransmisi CVT yang menampilkan konsep unik dikenali sebagai “Skuchai” iaitu gabungan reka bentuk skuter dengan platform enjin berasaskan moped.

Konsep ini menggabungkan tiga elemen utama dalam satu platform iaitu reka bentuk seperti skuter, enjin moped dan sistem transmisi automatik CVT. Pendekatan ini dilihat berpotensi mewujudkan segmen baharu dalam industri motosikal dua roda.

Bagi menjayakan pembangunan model ini, Mforce telah melabur sebanyak RM10 juta meliputi penyelidikan dan pembangunan (R&D), kejuruteraan reka bentuk, pembangunan prototaip serta ujian ketahanan bagi memastikan ia sesuai untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Model “Skuchai” menawarkan keselesaan ala skuter dengan struktur ringan seperti moped. Sistem CVT pula membolehkan tunggangan automatik tanpa penukaran gear manual. Ia menjadikannya praktikal untuk kegunaan harian di bandar serta perjalanan santai jarak sederhana.

Projek ini dibangunkan bersama rakan teknologi Mforce di China dengan penglibatan jurutera tempatan Malaysia yang menyumbang kepada idea konsep, lakaran reka bentuk dan pembangunan model awal.

Model prototaip terssebut dikatakan telah siap sepenuhnya dan kini memasuki fasa pra-pengeluaran untuk ujian ketahanan dan penilaian prestasi.

Skuchai dijangka membuat penampilan pertama kepada umum di Malaysia Bike Show 2026 pada bulan Mei, manakala pelancaran rasminya dirancang pada suku pertama tahun 2027. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.