RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Jun 2020

THM Oscar Night Disambut Meriah

Teck Hin Motor Trading Sdn Bhd (THM) merupakan sebuah syarikat pengkhususan dalam perniagaan dan pemasaran alat ganti dan pelincir untuk motosikal dan automotif dengan hak pengedaran eksklusif jenama-jenama premium dari seluruh dunia seperti Michelin, Continental, Dunlop, FKR, Cheetah Motorcycle Tires, NGK Spark Plugs, Yuasa Battery dan juga Castrol Lubricants.

Sebagai sebuah syarikat yang telah bertapak di Malaysia lebih daripada 50 tahun, THM telah menerima banyak anugerah dan pengiktirafan daripada para pengeluar di atas kecemerlangan prestasi mereka.

Untuk meraikan para pengedar dan para pelanggannya, THM telah menganjurkan acara Oscar Night yang berlangsung pada awal bulan Februari yang lalu. Majlis yang penuh kemeriahan itu telah dirasmikan oleh Pengurus Besar THM, En. Austin Swee Wee Chin.

Dalam ucapan beliau, En. Austin menyatakan bahawa tahun 2019 telah memberi cabaran buat THM dengan perkembangan niaga buat Castrol khususnya untuk pelincir motosikal (MCO) Power 1, program perkembangan pelanggan PCO (Passenger Car Oil) dan CVO (Commercial Vehicle Oil), program loyalty, penambahan kawasan perniagaan, perkembangan perniagaan Michelin Power 1, liputan pasaran tayar motosikal THM/Cheetah di seluruh negara dan termasuklah penambahan gudang-gudang.

“Dengan sokongan dan nasihat daripada rakan niaga, para pelanggan serta kerja keras kakitangan THM, kejayaan pasti dapat dikecapi dan malam ini kita akan raikan bersama-sama. THM kini menuju ke generasi kedua. Pengurusan dan visi syarikat ini telah berpindah tangan dari bapa kepada anaknya. Kami yakin akan membawa syarikat ini ke tahap lebih tinggi dengan menyediakan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan yang dihargai,” tambah beliau.

Antara aktiviti dan acara yang telah dilakukan untuk memperkuasakan jenama-jenama di bawah THM ialah Road Show, hari bertemu pelanggan, promosi hebat, pelancaran produk baru, penambahbaikan kedai konsep, sokongan acara MotoGP, pemberian ganjaran perdagangan dan banyak lagi.

Majlis pada malam itu disempurnakan dengan acara penyampaian anugerah untuk jenama-jenama berbeza seperti Anugerah Castrol MCO, Anugerah PCO/CVO, Anugerah Michelin dan Anugerah Cheetah. Sambil menikmati makan malam, para tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Kumpulan Hikaru dan tayangan video. Para tetamu kemudiannya turut membawa pulang pelbagai hadiah-hadiah hebat menerusi acara cabutan bertuah. RR

Isu Pada

Jun 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.