RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 20 Mei 2026

VOGE Tampil Lebih Kompetitif Musim 2026

Selepas memulakan kempen sulung tanpa pengalaman dan data asas dalam Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025, Md Afizi Supaat menyifatkan perkembangan VOGE RACING TEAM sebagai satu keputusan cukup positif apabila pasukan itu kini mula muncul sebagai pencabar kompetitif dalam CP150.

Menjelang Pusingan kedua yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang, Afizi hadir dengan keyakinan tinggi selepas menamatkan perlumbaan Pusingan 1 di tempat kelima untuk mengutip 11 mata. Keputusan ini sekali gus meletakkan VOGE RACING TEAM di kedudukan lima terbaik keseluruhan.

Pencapaian itu turut diperkukuhkan oleh rakan sepasukan yang juga adiknya iaitu Md Afizad Supaat selepas berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan dan membawa pulang tujuh mata buat pasukan.

Menurut Afizi, VOGE bermula sepenuhnya dari bawah dengan fokus utama pada pembangunan jentera VOGE FR150 termasuklah dari segi talaan, pengumpulan data dan memahami karakter motosikal. Hasil kerja keras sepanjang musim lalu kini mula menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.

Beliau turut mengakui keputusan lima terbaik di Pusingan 1 menjadi pembakar semangat buat pasukan untuk terus merapatkan jurang dengan kelompok hadapan. Walaubagaimanapun terdapat lagi beberapa aspek yang perlu diperbaiki.

Menjelang perlumbaan di litar Sepang sebelah Utara, beliaumenjangkakan cabaran lebih sengit dengan persaingan yang semakin kompetitif serta keperluan talaan jentera yang lebih tepat di litar berstatus teknikal itu. Bagaimanapun, fokus utama pasukan kekal untuk mengekalkan konsistensi kutipan mata sambil terus membawa VOGE selangkah demi selangkah ke kelompok hadapan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.