RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Mei 2015

BMW WORLD MALAYSIA : Pesta Hebat Untuk Pencinta BMW

Pengeluar kereta dan motosikal premium, Kumpulan BMW telah menganjurkan BMW World Malaysia buat julung kalinya selama empat hari bermula pada 16 April lalu. Ia mempamerkan enam model terbaru daripada keluaran Kumpulan BMW Malaysia iaitu BMW, MINI dan BMW Motorrad. Selain daripada pengenalan model-model ini, turut dipamerkan ialah model-model kenderaan empat dan dua roda yang telah berada di pasaran dan jentera-jentera konsep.

Bercakap di majlis yang sama, Pengarah Urusan dan CEO BMW Kumpulan BMW, En. Alan Harris menegaskan bahawa BMW sentiasa percaya tentang perlunya mencipta pengalaman menyeluruh yang tidak dapat dilupakan oleh para pelanggan dan menjadi tujuan utama syarikat ini untuk menyampaikan intipati jenama BMW menerusi ruangan sebegini.

En. Alan Harris, Pengarah Urusan & CEO Kumpulan BMW bersama model R1200R.
En. Alan Harris, Pengarah Urusan & CEO Kumpulan BMW bersama model R1200R.

S 1000R merupakan sebuah jentera sport yang bersesaran 999cc, enjin empat lejang dengan sistem penyejuk cecair yang mampu menawarkan kuasa tertinggi 198hp pada 13,500rpm dan tork 113Nm pada 10,500rpm. 'Jantung' model baru ini terletak di dalam kerangka aluminium composite bridge yang bukan sahaja bertegaran tinggi tetapi juga dihasilkan untuk memberi tindak balas yang tepat dalam setiap keadaan.

S 1000RR turut dilengkapkan dengan pelbagai sistem elektronik terkini seperti sistem saspensi Dynamic Damping Control (DDC), tiga jenis mod tunggangan, HP Gear Shift Assist Pro, sistem ABS, traction control (TC), Cruise Control dan banyak lagi. Model ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Merah Racing/Putih Light, Hitam Storm Metalik dan Putih Light/ Biru Lupin Metalik/Merah Racing.

S1000RR
S1000RR

Manakala bagi model R 1200R pula dilahirkan untuk tunggangan yang santai. Rekabentuknya unik yang digabungkan dengan enjin boxer ternyata menyerlahkan setiap pemiliknya walau di mana sahaja mesin ini dibawa. Model yang cukup menarik ini dilengkapi dengan kepesatan pelbagai sistem elektronik seperti sistem traction control (TC), ABS, Quickshifter, Auto Blipper. Automatic Stability Control (ASC), Cruise Control, pemanas grip dan penghidup tanpa kunci. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai R 1200R, sila rujuk Ruangan Pandu Uji, RR April 2015.

Kumpulan BMW Malaysia turut mengumumkan bahawa pihaknya telah menyemak semula harga semua kenderaan dan hasilnya, harga kenderaan BMW dan MINI turun sehingga 1.9% sementara harga BMW Motorrad pula turun sehingga 18%. Kumpulan BMW Malaysia menyatakan manafaat yang diperoleh daripada perlaksanaan GST itu diberikan kepada para pelanggan. Harga runcit (tidak termasuk insurans) yang dianggarkan untuk BMW S 1000RR baru ialah RM108,900 manakala model R 1200R ditawarkan pada harga RM91,900. RR

Isu Pada

Mei 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.