RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 Oktober 2025

AVETA Malaysia Lancarkan 2 Model Terbaru: NOVA 250 & Marvel 150

Tampil dengan dua model menarik, itulah 'senjata' terbaru dari AVETA Malaysia yang baru sahaja melancarkan sebuah skuter maksi NOVA 250 dan jentera 'fun' iaitu Marvel 150.

Kita mulakan dengan NOVA 250 yang dengan pantas menjadi buah mulut dan topik hangat para peminat dua roda, khususnya 'Geng Talisawat'. AVETA Nova 250 ini ditawarkan pada harga RMN14,988 dan adakah harga ini bakal melariskan penjualannya? Sudah tentu tetapi tidak hanya itu, Skuter baru ini disempurnakan dengan enjin silinder tunggal, 244.4cc yang mampu menjanakan kuasa setinggi 25.5hp pada 6,500rpm dan tork 23Nm pada 6,500rpm.

Lampu hadapannya jenis LED yang cukup anggu tetapi sayangnya 'Pengadang Angin' tidak boleh dilaras dan lampu belakang juga jenis LED. Panel meter TFT 7-inci berwarna penuh menawarkan visual yang moden, terang dan mudah dibaca. Posisi menunggang cukup selesa dan ruang bawah pelananya juga cukup luas.

Model baru ini juga hadir dengan ciri-ciri terkini seperti Kamera, Sistem Kunci Pintar, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), sistem ABS, Traction Control dan unit pengecas USB. Untuk memudahkan perjalanan, NOVA 250 juga didatangkan dengan sistem penyambungan komunikasi telefon pintar.


Fork hadapan jenis teleskopik dan penyerap hentak berspring menyumbang kepada kestabilan pergerakan di belakang. Tayar hadapan bersaiz 120/70-14 manakala di belakang 130/70-13 yang dipadankan dengan brek-brek cakera beserta ABS. Tinggi pelana 774mm, berat 165kg dan saiz tangki berkapasiti 12 liter.

Ditawarkan pada hargasa asas RM14,388 dengan dua warna pilihan iaitu Emerald Green dan Metro Grey. Bagi 200 pemilik pertama pula, anda akan menerima Top Box dari GIVI berserta tapaknya sekali yang bernilai lebih daripada RM700.

Nak sesuatu yang menyeronokkan? Dapatkan mini-mono terbaru iaitu Marvel 150. Model cilik ini didatangkan dengan enjin silinder tunggal,  149cc yang berkuasa 10.6hp pada 7,900rpm dan tork 11.5Nm pada 5,500rpm.

Jentera 'fun bike' ini juga dilengkapkan dengan lampu-lampu jenis ED, panel meter digital, fork jenis terbalik, klac tangan, brek-brek jenis cakera dan port pengecas USB.

Tinggi pelana hanya 760mm, berat 110kg dengan tangki bersaiz 8.2 liter. Terdapat dua pilihan warna iaitu Sonic Blue dan Mocha Blaze yang berharga RM7,988. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.