_.jpg)
Kemunculan pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT) yang kini masuk musim ketiga dalam saingan MotoGP sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pencinta MotoGP di seluruh negara. Antara sebab utamanya tentulah kerana pemilihan juara dunia 9 kali, Valentino Rossi yang akan bergandingan dengan anak didiknya, Franco Morbidelli.

“Ia adalah satu perasaan yang sangat mengagumkan. Saya telah melihat ramai pelumba lagenda dunia yang memenangi perlumbaan dan kejuaraan dengan warna ini. Ia adalah warna kegemilangan buat saya – bagaikan segalanya berada di dalam genggaman.”